salah satu aktiviti yg tidak pernah gagal utk membuat aku gembira ialah menangkap gambar. selama ini aku selalu berangan2 utk memiliki sebuah kamera tetapi entah mengapa aku sering menangguh2kan impian itu. tetapi sejak aku sedar bahawa aku punya tanggungjawab besar (yg selama ini hampir2 aku abaikan) utk menggembirakan diriku sendiri (kerana aku betul2 mahu menggembirakan orang lain terutama sekali orang2 yg aku kasihi), aku bergegas memandu ke sebuah mall berhampiran rumah orang tuaku utk mendapatkan diriku sebuah kamera. asalnya aku hanya mahu mencari kamera yg biasa2 shj (kerana aku pun hanya orang biasa yg suka menangkap foto tetapi tidak arif dalam bidang senifoto) tetapi akhirnya aku tertarik dgn kamera digital yg kebetulan sedang mengalami harga promosi. lalu, setelah aku pelajari serba ringkas akan fungsi2 utamanya daripada sang jurujual muda bermata bundar yg sambil2 itu bercerita padaku tentang kesempitan hidup keluarganya dan bahawa dia bekerja di mall itu utk mengumpul wang bagi menyambung cita2 ke menara gading, aku akhirnya membeli kamera yg sememangnya sudah menarik hatiku sejak pertama kali aku melihatnya itu. memang kalau hendak diikut2kan harijadiku masih amat jauh lagi tetapi aku sengaja mahu menghadiahkan sesuatu yg aku sukai supaya aku dapat menggembirakan diriku.
inilah hasilnya setelah aku bereksperimen dgn kamera digital kesayanganku...
antara gambar2 yg kurakam di sekitar tempat aku mencari rezeki & mencari ilham (kualitinya kurang baik kerana aku masih sedang belajar mengendalikan fungsi2 yg terdapat dlm kamera tersebut)
No comments:
Post a Comment