Monday, January 29, 2007

aKu tAk pAnDai...

Sepanjang pagi sabtu yg lalu aku cuba luangkan masa utk berbual dgn mama. macam2 yg telah kami bualkan pagi itu. paling mendebarkan perasaan ialah apabila tiba-tiba aku ditanya sama ada aku gembira dgn kehidupanku setakat ini. aku tidak terkata apa-apa. cuma terkebil-kebil memandang kenderaan yg sedang lalu lalang di hadapan rumah. aku tak berani memandang mama kerana bimbang dia akan menyoal semula.

sejak kecil aku jarang sekali duduk berbual2 dgn mama atau bercakap2 dgnnya di telefon sepertimana yg biasa dilakukan oleh anak2 dan ibu2 yg lain. mujurlah selama ini mama faham bahawa aku tidak pernah berniat utk bersikap dingin atau cuba menjauhkan diri darinya. kadang2 ada juga aku bertanya kepada diri sendiri mengapa aku jadi begitu. mungkin aku mewarisi sikap ayah. ayah ‘tak pandai’ meluahkan perasaan melalui kata-kata (seingat aku, aku tak pernah mendengar ayah mengungkapkan “saya sayang kamu” atau “saya ambil berat tentang kamu” atau “saya memahami perasaanmu” atau “saya sentiasa ada di sisimu apabila kamu memerlukan saya” dan sebagainya. tetapi setiap tingkah-lakunya sudah cukup untuk membuatkan kami sekeluarga faham bahawa ayah sgt sayang dan mengambil berat tentang kami). demikian antara sebab mengapa aku rasa amat berdebar-debar apabila sesekali mama mahu berbual denganku. lebih-lebih lagi apabila perbualan itu berkisar tentang aku. aku tak tahu mengapa tiba-tiba mama bertanya begitu. mungkin dia dapat melihat apa yg aku simpan dalam hatiku selama ini. mama memang hebat. ya, memang kegusaran itu masih ada. aku sentiasa berusaha tetapi setakat ini belum berhasil mengusirnya pergi dari hatiku. kadang2 ia cuba menjajah fikiranku dan mebunuh sisa-sisa bahagia yg aku simpan dlm jiwaku. aku pandang mama setelah beberapa lama membiarkan pertanyaannya tidak berbalas. dia sedang memandang aku tetapi sayangnya aku tidak pandai menterjemahkan maksud ekspresi yg tergambar di wajahnya. aku peluk mama erat2 dan kemudian aku cium kedua-dua belah pipinya. hanya itu mampu aku lakukan utk mengungkapkan...”mama, terima kasih kerana memahami kedukaanku. percayalah, aku akan selalu menjaga diriku. mama jgn risau OK? ally sayang mama...”.

No comments: