Friday, January 26, 2007

Hari Jumaat Yg Suram Bermula Dari Malam Khamis Yg Bingung

pagi ini aku bangkit dari katil dengan perasaan sedikit bingung. malam tadi aku sukar tidur lantaran otak sentiasa ligat berfikir tentang seseorang yg sgt penting dlm hidupku tetapi malangnya tidak mampu difahami tindak-tanduknya ~ terlalu sukar aku hendak membuang keinginan utk berfikir tentang orang itu. entah bagaimana, atau jam berapa aku mulai tertidur aku sendiri tak pasti. tapi, implikasi yg terhasil dari aktiviti berfikir secara kritikal malam tadi menjadikan aku terjaga dari tidur dlm keadaan yg tidak ceria. kadang2 aku rasa hidup ini (hidup aku, yg sebetulnya) sungguh pelik sekali rupa wajahnya. aku boleh jadi seorang yg sgt periang pada sesuatu ketika tetapi kemudian berubah menjadi seorang yg murung, kemudian ceria semula, kemudian bingung, kemudian tenang, kemudian marah, kemudian sedih dan kemudian gembira semula. berulang2. semacam suatu rutin yg tidak pernah berubah dlm hidupku. tambah menghairankan aku, semua emosi itu berlaku silih berganti dlm jarak waktu yg singkat sekali. pernah aku duduk termenung di jendela pada suatu petang yg bening, sambil memerhati pelangi yg hadir di sebalik rintik2 hujan renyai yg sebelum itu lebat dan menyebabkan air bah lalu menenggelamkan sebahagian dari ruang dapur rumahku. dalam termenung itu aku sebenarnya sedang memikir-mikir tentang asal kejadian emosiku yg amat senang berubah2 ini. sehingga hari ini aku masih gagal utk mengingat semula bagaimana & bila rutin emosi yg kualami ini mula terjadi. kadang2 aku tertanya2 juga. adakah aku sedang mengalami gangguan jiwa yg mana aku tidak sedar aku mengalaminya? atau adakah aku sememangnya seorang yg semulajadi memiliki sifat pasif dan pesimis yg amat tinggi dlm diri? sememangnya aku masih cuba utk memahami bagaimanakah rupa geraknya naluri serta alur fikiran seorang insan bernama aku ini sejak dulu sampailah ke hari ini. soalan yg sgt gemar aku tanyakan pada diri sendiri ~ mengapakah aku bertindakbalas sedemikian rupa terhadap setiap yg berputar di kelilingku?
menurut sahabatku, seorang kaunselor, banyak sebab yg menjadikan emosi seseorang tidak menentu. namun daripada pengamatannya, sebenarnya tidak ada apa yg tidak kena dgn aku. cumanya, aku ini jelas sekali adalah seorang yg terlampau suka berfikir. mungkin terdapat pengalaman2 silam yg mendorong aku terlalu kritikal terhadap apa2 jua peristiwa yg berlaku dlm hidup kemudiannya. lantas, aku jadi terlalu memikir atau cuba menangani setiap sesuatu dgn begitu 'detail'. akhirnya, aku menjadi seorang yg amat susah hendak melepaskan sesuatu sebelum aku betul2 menemui jwpn atau jalan penyelesaiannya. "oh...ya?" hanya itu balasan yg mampu aku berikan atas komen yg dibuatnya terhadap aku. tiba2 teringat aku pada kata2 guruku sewaktu aku menuntut dgnnya di universiti putra sedikit masa dulu. "berfikirlah dgn kritikal. bukan berfikir sehingga kritikal!" pada hemat sahabatku, si kaunselor itu, kata2 guruku sgt benar sekali. ya, semua manusia hidup mesti berfikir. manusia berfikir salah satu daripada tujuannya adalah utk mendapatkan jwpn. tetapi utk mencari jwpn kita tidak boleh hanya bergantung kepada berfikir (atau bersoal-jawab dgn diri sendiri?) shj kerana tidak semua jwpn boleh diperolehi semata2 dgn hanya berfikir (syok sendiri?).
mengenangkan kata2nya itu, tiba2 aku terasa ingin duduk semula di bibir jendela. sambil memerhati langit dan menikmati panorama alam di hari jumaat yg suram ini, aku mahu berfikir dan mengingat2 kembali...mengapa selama hari ini aku cukup suka mencari jwpn dgn bertanya kepada diri sendiri & bukannya kpd org yg mungkin mempunyai jwpn itu?

No comments: