setelah beberapa waktu aku duduk berfikir..berfikir..dan berfikir, akhirnya aku mengambil keputusan membangunkan blog yg serba ringkas ini. sebetulnya, aku bukan seorang penulis. malah aku juga sebenarnya memang tidak rajin hendak menulis (atau menaip, yg lebih tepatnya). tetapi memandangkan aku seorang yg selalu mempunyai sesuatu utk diluahkan (tetapi malangnya mungkin belum pernah berjumpa tempat/org yg sesuai utk tujuan itu), ada seorang kawan yg mengusulkan supaya aku menulis shj segala macam bentuk suara hati, pendapat, malah apa2 jua yg aku fikirkan itu dlm blog. kata beliau, itu lebih baik dari aku bercakap2 dengan diriku sendiri yg mana akhirnya akan menyebabkan fikiranku tambah kacau, celaru dan mungkin juga tambah keliru dan buntu.
sebetulnya aku telah merencanakan keputusan utk memulakan langkah membangunkan blog yg tidak sepertinya ini pada 1 Muharram 1428H yg lalu. namun, pd waktu itu nikmat kesihatan yg selama ini dikurniakan Allah kpdku telah ditarikNya sedikit. lalu dlm kudrat yg terbatas itu aku cuma berdaya mengarang2 dlm fikiran: bagaimanakah agaknya rupa wajah blog yg akan kubangunkan? apa yg hendak kutulis di dlmnya?
namun, Alhamdulillah...hari ini aku sudah mulakan apa yg telah aku karang2kan dlm fikiran sejak 1 Muharram tempoh hari. aku tidak pasti bagaimanakah bentuk rencah yg bakal termuat dlm blog ini. namun harap2nya, mudah2an aktiviti yg kurencanakan ini (menulis blog) tidak terbantut atau mati di pertengahan jalan. mudah2an Allah memberikan kekuatan kpdku utk terus menulis. mudah2an...
No comments:
Post a Comment