Tuesday, February 13, 2007

Bila diganggu resah..

sakit kepala yg kutanggung kini sudah berlansung hampir seminggu. wow! hebat juga aku. sampai saat ini walaupun rasa sakit aku masih boleh memenuhi rutin harianku seperti biasa: bangun, memandu, membuat kerja & sebagainya, sampailah mengemaskini catatan di blog ini. sebetulnya, macam2 perkara yg telah berlaku kepadaku sejak akhir2 ini; datang, pergi, datang kembali, kemudian pergi lagi silih berganti. kadang2 belum sempat yg satu pergi, yg lain pula sudah sedia menanti. tidak sabar2 hendak memenuhi giliran utk tambah menyesakkan ruang fikiranku (& membuatkan perasaanku jadi berkecamuk). tapi, di sebalik kekusutan yg menyesakkan itu aku kira ada juga hikmah yg tersembunyi. bagus juga bila sekali sekala aku membiarkan kepalaku sakit (tanpa makan apa2 ubat). setidak2nya dapat mengendurkan sedikit kemahuanku utk mendera otak dari terus berfikir, berfikir & berfikir tentang semua perkara (termasuk yg kecil2 & sebenarnya tidak perlu difikirkan sgt).
aku memang obses dgn aktiviti ini: berfikir. tapi yg tidak enaknya bila terlampau banyak memikir aku akan jadi resah. semakin aku berfikir aku jadi sgt terperinci. bila memikir dgn terperinci aku menjadi semakin takut. takut berdepan dgn hari esok. takut jika masalah tidak kunjung selesai & aku jadi gila atau hilang pertimbangan kerana masalah2 itu! yg paling sgt aku kesalkan, nanti aku selalu akan jadi lesu. longlai & tidak bermaya. rasa seolah2 aku sedang menanggung sakit. berat sekali. tapi yg bencinya, aku tak tau pula apa sakitnya & di mana sakitnya.
bila resah, aku paling benci (sensitif) mendengar apa jua bunyi2 yg membingitkan. ia buat aku jadi tambah resah (bila resah kepalaku akan sakit. bunyi2 membingitkan akan membuat kepalaku tambah sakit). tapi aku selalu tidak tau ke mana aku hendak pergi utk lari dari bunyi2 yg menyakitkan pendengaran & hatiku itu. aku benci hendak ke tempat kerja kerana di tempat aku ini, rata2 ia dihuni oleh orang2 tiada berperasaan (mungkin tiada otak juga!) yg tidak sensitif dgn perasaan & keadaan orang lain. aku tidak peduli sama ada mereka berkerja dgn ikhlas (sbg ibadah) atau sekadar mau mencari duit semata2. tapi aku paling benci mereka mempamerkan niat sebenar mereka bekerja itu di depanku. tidak cukup dgn bebelan, bantahan, keluhan & rungutan. aku terpaksa juga mendengar mereka melepaskan perasaan pada benda2 tidak bernyawa (fail, telefon & sebagainya) yg ada di sekeliling. apalah gunanya mereka berkelakuan seperti itu? untung aku masih kenal apa itu sabar. kalau tidak memang percuma shj aku maki mereka satu persatu (mujurlah hingga kini aku masih boleh bersabar).
kalau dulu, bila resah aku akan mengambil mengambil cuti & mendiamkan diriku di rumah. aku paling tidak suka berhadapan dgn orang ramai sewaktu aku resah. sikap, pertuturan serta perlakuan mereka akan selalu membuatkan aku semakin resah (kadang2 boleh juga membuatkan aku marah). justeru, bila resah, aku paling suka menenangkan diri dgn duduk di bibir jendela. sambil mendengar lagu2 lama di radio aku memerhati burung2 di langit & pohon2 menghijau yg melengkapi alam ciptaan Tuhan. aku tidak pernah teringin hendak pergi mengamuk2 di depan orang. sungguh! aku juga tidak suka menunjuk protes pada barang2 mati; handphone, bantal, pasu bunga, pinggan, periuk atau apa shj. aku rasa sgt kekok & bodoh jika melakukan perkara2 seperti itu. tapi kini, di sebelah rumahku juga telah wujud orang2 yg tiada perasaan (yg mungkin juga tiada berotak!), yg juga tidak peka dgn perasaan & keadaan orang lain (sama seperti di tempat kerjaku). kini, bila resah, aku bukan shj tidak betah berada di tempat kerja. malah aku juga tidak sanggup utk duduk di rumah! jadi, ke mana harus aku pergi?
aku selalu merasa diriku sgt aneh. aku lain dari orang lain. aku tidak tau bagaimana aku boleh memilih menjadi berbeza dari orang lain seperti ini. ada sesetengah orang mungkin merasa sgt bangga kerana menjadi lain dari orang lain. mereka merasa diri mereka unik. tapi apa yg berlaku padaku adalah sebaliknya. aku selalu resah apabila merasakan aku lain dari orang lain. aku rasa seakan2 diriku sedang ditilik, sedang diperhatikan orang. aku tidak suka merasa diperhatikan. aku rasa seolah2 aku sudah melakukan kesalahan. bagaimana hendak membuang rasa resah ini? mudah shj. carilah punca mengapa resah itu terjadi. sudah tau punca, pasti dapat jalan penyelesaiannya. itu kata salah seorang kawanku di tempat kerja. aku diamkan shj. tidak berkata apa2. dia membuatkan perkara resahku ini seperti mudah shj: cari puncanya, kemudian selesaikanlah! tapi bagiku hakikat yg tersurat tidak semudah menyebutkan bait2 perkataan itu. aku memang tau apa punca resahku selama ini. tetapi hingga kini aku belum berhasil menemukan jalan penyelesaian yg sebaik2nya. yg sebijak2nya. justeru, buat masa ini aku tiada pilihan melainkan utk merelakan resah itu datang & pergi sehinggalah Tuhan mengizinkan ia berakhir (bukan aku tidak mau bercerita tentangnya kepada sesiapa. tetapi siapalah yg mau mengerti?). tapi kini, pilihan yg aku ada utk membolehkan aku melepasi waktu resah itu sudah semakin terhad. itu yg membuatkan aku sedikit bersedih. aku tidak marah kepada Tuhan atau sesiapa shj. dalam hal ini. aku cuma rasa hampa & kadang2 kesal. itulah yg aku rasa. & kadang2 kerana kesal & hampa itulah rasa resahku jadi semakin mendalam.

No comments: