entah mengapa dalam beberapa hari ini tiba2 aku rasa seperti ada sesuatu yg kurang. otakku penat hendak memikirkannya tetapi aku sgt ingin tau apakah sebenarnya yg kurang dan mengapa ia kurang? yg paling penting aku mahu tau mengapa aku merasa kurang.
pagi ini sewaktu aku bangkit dari tidur aku dapat rasakan aku kurang bersemangat. tetapi jauh di sudut hati aku dapat rasakan bukan itu shj yg aku kekurangan. apa sebenarnya yg membuatkan aku merasa kurang? aku sendiri kurang mengerti. mungkinkah ini hasil yg terjadi dari kurangnya waktu lenaku sejak beberapa malam yg lalu? atau mungkinkah ini tindakbalas dari fikiranku yg sudah keletihan akibat kurangnya waktu ia dapat berehat dari bekerja (berfikir)?
dalam semangat dan rasa yg kurang itu rupa2nya amat mudah juga utk melihat perkara2 lain yg sudah/sedang berkurangan dlm hidup ini. tetapi yg anehnya entah mengapa sebelum2 ini tidak pula aku terperasan akan kekurangan2 yg ada itu. apakah selama ini aku terlalu sibuk bekerja sehinggakan kurangnya waktu utk memerhatikan perkara2 itu atau adakah aku kini kurang membuat kerja kerana terlalu sibuk memperuntukkan waktu memikirkan apa2 yg kurang itu? aku kurang jelas dgn apa mahunya diriku ini. aduh..apa yg kurang sebenarnya, ally?
mungkin aku sedang merasa bersalah (tanpa sedar) dgn seseorang maka hal itu membuatkan aku merasa kurang senang (tanpa sedar juga). aku berfikir2 sejenak kalau2 dalam beberapa hari ini ada orang yg telah aku lukai hatinya. aku cuba bercakap2 dgn mama (aku bersalah kerana tidak membalas sms dan panggilan telefonnya tempoh hari). kemudian aku cuba menelefon abang (aku bersalah kerana tempoh hari marah melulu sehingga membuatkan dia merasa tersinggung lalu sedikit merajuk) dan kemudian utk beberapa jam selanjutnya aku cuba bermain ym dgn sahabat lama (aku rasa bersalah kerana seringkali 'lupa' bertanyakan khabarnya sedangkan dia selalu menyapaku walaupun sedang sibuk atau tidak sihat. dia antara sahabatku yg paling baik). tetapi malangnya perasaan kekurangan itu tidak juga berkurang.
mungkin juga ada sesuatu yg membuatkan aku merasa bosan agaknya. maka itu aku merasa kekurangan kerana hari2 yg dilalui tidak berupaya diisi dgn perkara2 yg menghalang kebosanan itu dari terjadi. lalu aku pun berfikir2 sekali lagi kalau2 memang benar aku sedang merasa bosan (tanpa sedar) dan isyarat non verbal yg dihantar ke dalam hatiku oleh mindaku (tanpa sedar) itu adalah sebenarnya bermaksud demikian. mungkin juga.. cepat2 aku membuat apa2 shj perkara2 yg aku kira boleh menghilangkan kebosananku. aku mulakan dgn berbual2 dgn rakan sekerja tentang lawatan ke KLCC hujung minggu ini. menjelang tengah hari aku hadiahkan diriku dgn hidangan lauk pauk kesukaanku. kemudian aku menyambung bermain ym dgn sahabat lamaku. kemudian aku berjalan2 mengambil angin di sekitar kawasan tempat kerjaku. sehinggalah aku kembali duduk di meja dan menaip catatan yg sedang kutaip ini...sebelum itu telah macam2 yg aku lakukan sehingga malas rasanya aku hendak mencatatkan kesemuanya di sini. pun, setelah aku berhenti dari melakukan perkara2 itu, aku masih juga merasa kekurangan.
jadi, apakah sebenarnya yg kurang? mungkinkah aku merasa rindu terhadap seseorang (tanpa sedar) lalu aku menjadi tidak karuan sehingga merasa seperti ada yg kurang pada diriku. aku berfikir2 lagi kalau2 memang benar dalam beberapa hari ini ada seseorang yg sedang aku rindui. rasa2nya tidak ada sesiapa atau apa2 yg aku rindukan. betul begitu? biar aku fikirkan sekali lagi.

aduh..entahlah. hatiku menjawab: "aku kurang pasti"
No comments:
Post a Comment