tetapi d
bagi sesetengah orang yg tidak biasa ke Pantai Punggor, pantai itu terletak dalam kawasan Rengit di Johor (aku mengambil petunjuk dari nama surau kecil yg didirikan tida
k jauh dari pantai tersebut. geli hatiku mengingatkan mama & papa pernah suatu ketika dulu bertikam lidah kerana hal ini. mama mengatakan bahawa Pantai Punggor terletak di kawasan Senggarang tetapi papa bertegas mengatakan ia berada dalam kawasan Rengit. sekarang aku kira perkara ini sudahpun tidak perlu digaduhkan lagi). aku pernah seka
li ke pantai itu lama dulu bersama mama, papa & adik. aku tidak ingat sebenar2nya bila aku ke situ tetapi rasanya sudah 3-4 tahun yg lalu. waktu itu Pantai Punggor hanyalah sekadar pantai. pasirnya putih bersih tetapi tidak begitu dikunjungi orang. seingat aku, waktu itu juga cuma ada sebuah gerai makan yg menunya tidak begitu banyak utk dipilih. sudahnya, petang itu kami berempat masing2 hanya sempat menjamu perut dgn semangkuk ABC & sepinggan mee goreng.
kini apabila kembali menatap pantai yg pasirnya masih putih itu, perasaanku rasa
sedikit bercampur. aku gembira kerana Pantai Punggor kini sudah lebih membangun & dikunjungi ramai orang berbanding sewaktu aku pertama kali menjejakkan kaki ke situ. tetapi dalam pada itu aku merasa sedih juga kerana pantai yg agak cantik itu tidak dijaga & dilengkapi prasarana yg bersesuaian. di Pantai Punggor kini sudah ada 2-3 gerai makan serta kemudahan tandas yg baik. tetapi sayangnya kerja2 membuat tembok di sepanjang pantai itu tidak dilakukan dgn bersungguh2 sehingga mencacatkan keindahan semulajadi pantai tersebut. sampah sarap juga boleh dilihat di merata tempat malah sepanjang pemerhatianku, tiada tong sampah yg sempurna disediakan oleh pihak berkuasa tempatan di pantai itu! alangkah sayang sekali pantai yg begitu damai & indah dipersia2kan begitu shj. selepas beberapa jam berpeluang menikmati suasana petang &
menghirup angin segar dari lautnya yg membiru, aku mengajak mama & papa pulang (kerana orang sudah semakin ramai. aku rimas kerana tidak tau hendak ke mana lagi selain duduk shj di dalam kereta). walaupun mataku sebenarnya belum puas menatap pantai yg damai itu tetapi hatiku puas kerana sekurang2nya perasaanku rasa lapang setelah menghabiskan waktu menyusur di sepanjang pantainya. namun, sekali lagi hatiku tersentuh apabila kami singgah bersolat asar di surau kg. sungai pungg
or yg terletak hanya beberapa meter dari pantai. sekali pandang surau itu nampak tenang & mendamaikan seperti surau2 yg lain juga. tetapi tatkala kaki kami melangkah masuk ke kawasan mengambil wudu' pandangan mata tidak dapat mengelak dari memerhatikan sampah sarap yg sudah berkulat, yg bertaburan di kawasan belakang surau tersebut (berdekatan dgn tempat mengambil wudu'). kawasan dalam surau juga sedikit berhabuk malah tandasnya tidak terjaga seolah2 surau itu jarang2 sekali digunakan orang. kami bersolat juga di situ walaupun dalam perasaan yg kurang selesa. usai solat kami terus beredar meninggalkan kawasan tersebut. sempat aku menoleh ke belakang melihat kawasan pantai yg semakin jauh kami tinggalkan. dalam hati terbetik rasa terkilan melihat panorama menyedihkan yg disajikan di persekitarannya.
sepetang di Pantai Punggor & kawasan sekitarnya, sampai kini minda & hatiku masih cuba mentafsir sikap2 manusia yg terpamer di dadanya.
~ panorama pantai punggor
No comments:
Post a Comment