Friday, February 2, 2007

Sepi itu Indah?

Bila duduk2 bersendirian begini tiba2 aku terfikir, siapakah yg mencipta untaian kata2 ini? “sepi itu indah”. aku banyak kali mendengar ungkapan ini. rasa2nya sejak aku kecil lagi aku sudah terbiasa dengan kata2 itu. malah, kalau tidak silap ingatanku ada sebuah filem zaman 70an atau 80an yg memakai judul seperti itu: “sepi itu indah” (kalau tidak silap aku…) dan rasa2nya aku pernah menonton filem tersebut di kaca tv semasa aku kecil2 dulu. cuma aku tidak ingat bagaimana jalan ceritanya dan siapakah pelakon2 yg memainkan watak2 dlm filem itu.
Betulkah sepi itu indah? aku tidak pernah melihat sepi itu sebagai sesuatu yg indah atau sebaliknya. sepi mungkin merupakan suatu keadaan yg mampu menimbulkan kedamaian dalam jiwa manusia tetapi ia tidak selamanya boleh membuatkan manusia merasa tenang atau gembira bila berada di dalamnya. justeru, aku lebih melihat sepi sebagai sesuatu yg ‘perlu’ atau ‘tidak perlu’ dalam hidup manusia.
hakikatnya, sepi adalah suatu keadaan yg sangat dihargai bilamana ia datang di saat kita memerlukannya. tetapi jika keadaan sebaliknya yg berlaku, sepi kadangkala boleh membuat manusia jadi hilang arah atau tidak karuan (kalaupun tidak sampai hilang akal). sepi yg tidak diundang berupaya membangkitkan pelbagai perasaan dan persepsi (biasanya yg negatif) dalam jiwa dan minda manusia. tetapi tidak semua orang mampu berhadapan dengan situasi sepi yg tidak diundang ini. justeru, reaksi yg lahir dari perasaan dan persepsi akibat dari rasa sepi (yg tidak diundang) itu juga kadang2 sukar diramal. ada sesetengah orang mungkin mampu akur, redha (berserah shj kepada Tuhan) dengan rasa sepi yg membelit dirinya (terus terang, aku tidak pernah tau kalau orang seperti ini benar2 wujud!). tetapi aku percaya ramai yg akan merasa dirinya seperti terbuang, tidak dipedulikan, tidak diperlukan, sgt malang, sgt memalukan, sgt menyedihkan dan sebagainya sebagai reaksi terhadap rasa sepi yg tidak diundang itu. lebih2 lagi jika sepi seperti itu kerap hadir dalam hidup mereka. aku sendiri bertindakbalas seperti itu. malah kebanyakan orang2 yg ‘seangkatan’ denganku (terlebih usia. tetapi bukan tua ya!) yg mana pernah aku tanyakan tentang hal ini juga menjawab seperti itu. namun, aku sgt2 bersyukur kerana walaupun sepi yg tidak diundang itu sgt selalu hadir dalam hidupku (terutama sejak akhir2 ini), ia tidak pernah membuatkan aku jadi pesimis atau cuba mengasingkan diri dari realiti hidup ini. kadang2 aku mengaku aku tewas sewaktu bertarung dengan perasaanku sendiri. tetapi aku percaya, selagi aku mahu berjuang dan terus berjuang untuk mengusir sepi yg tidak diundang itu, aku akan mampu menikmati hidup ini dengan sepenuhnya!

No comments: