
hari ini aku rasa cukup otpimis & gembira sekali. lantas, hari ini aku ambil keputusan utk melakukan pengubahsuaian rupabentuk blog ini supaya nampak lebih ceria. rata2 kawan2 yg pernah singgah di sini kebanyakannya mencadangkan supaya aku menukar warna latar blog yg kubangunkan sebelum ini dgn warna yg lebih 'hidup'. kata mereka blogku yg sebelum ini kelihatannya seperti sungguh muram & sedih (oh..ya?). mungkin kerana aku sgt gemarkan ton warna yg gelap2 seperti kelabu (terutamanya), biru, ungu & cokelat maka aku senang terdorong dgn tidak sengaja atau mungkin juga secara semulajadi utk menggunakan warna2 'sedih' seperti itu utk blogku. betulkah blog ini sebelumnya kelihatan begitu muram & sedih? pernah aku mendengar seseorang berkata bahawa salah satu hal yg dapat menggambarkan karektor seseorang ialah melalui warna2 yg disukainya. dalam kes blogku ini, kalau betul ramai yg berpendapat begitu (warna2 yg aku pilih menampakkan suasana yg tidak ceria, murung & sedih), maka memang betullah kata mama selama ini, aku sebenarnya seorang yg tidak gembira (mungkin selama ini aku berpura2 gembira?). namun, hari ini aku berazam mengubah penampilan blog ini sesungguh2nya bukan kerana aku takut atau malu atau merasa tidak selesa setelah mendengar komen2 yg sampai ke telingaku itu. aku mengambil keputusan ini kerana memang aku sendiri yg mau merobah hidupku supaya lebih ceria & bermakna. masalah, halangan atau dugaan mahupun ceria, bahagia & kejayaan memang sentiasa akan berputar silih berganti menghiasi kehidupan semua insan di dunia ini selagi kita semua sama2 masih hidup & bernyawa. sudah tiba masanya aku merobah diri dari menjadi seorang yg penyedih kepada seorang yg sentiasa berlapang dada & menguntum senyuman dgn seikhlasnya. biar seberat mana beban yg terpaksa digalas aku akan terus berusaha membuatkan diri menjadi seorang yg bahagia & sentiasa bersyukur dgn nikmatNya. aku jadikan pembaharuan pada blog ini sebagai langkah pertamaku ke arah ini.
:> :> :> :> :> :> :> :> :> :> :> :>
JaLAn2 kE BaGAn LaLaNg
di waktu malam bulan terang.. jalan2 ke kuala loyang..
sesekali mendengar lagu lama seperti itu membuatkan perasaanku rasa teruja. lagu itu nyanyian Anita Sarawak (tidak ingat judulnya) yg sudah kudengar sejak kecil dulu. tetapi oleh kerana jarang2 diputarkan juruhebah, sudah agak lama aku tidak mendengar lagu itu. tetapi entah mengapa tiba2 ia berkumandang semula di radio sewaktu aku di dalam perjalanan lewat petang semalam. kebetulan waktu itu aku memang sedang ingin pergi berjalan2. tetapi sudah tentu bukan ke kuala loyang kerana aku tak tau apakah tempat itu benar2 wujud atau sekadar kata2 yg direka dalam lagu semata2. semalam aku & abang ke Bagan Lalang. entah mengapa dalam pertemuan tanpa perancangan itu tiba2 katanya dia ingin membawa aku makan ikan bakar & jalan2 sambil melihat matahari terbenam di pantai Bagan Lalang. bila aku bertanya, dia sekadar berkata bahawa dia mahu melihat aku keluar sekali sekala utk 'melihat dunia luar' (aduh..mengapa aku rasa bunyi cakapnya seperti mama shj?)
walaupun aku sedikit ragu apa tujuan sebenarnya aku dibawa berjalan2 hingga ke Bagan Lalang itu aku tetap juga berterima kasih dgn abang. mungkin seperti mama, dia juga tidak mau aku terus2an jadi seorang yg murung & selalu menyendiri. maka di waktu lapang ini dibawanya aku keluar bersiar2 melihat pantai, laut & matahari (tempat yg paling aku sukai selain kawasan tanah tinggi). mungkin... betapa aku gembira & bersyukur sekali kepada Tuhan kerana memiliki orang2 yg sgt prihatin dgn keadaanku. cuma sayangnya, oleh kerana abang tidak memberitahu lebih awal tentang rencana utk ke Bagan Lalang itu, aku agak terkilan kerana tidak dapat merakamkan keindahan persekitaran pantai Bagan Lalang utk tatapan & kenangan. memandangkan kamera yg kubawa sudah lemah kuasa baterinya, aku cuma dpt menangkap beberapa foto yg tidak begitu bagus kualitinya. apapun, petang semalam hatiku rasa sgt gembira & cukup lapang kerana dpt menghabiskan waktu di pantai Bagan Lalang.
abang... jutaan terima kasihku atas sokongan & kasih sayangmu.
senja di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor
No comments:
Post a Comment