Monday, April 21, 2008

Aku Orang Biasa

Buat beberapa ketika ini aku tiba2 jadi prihatin utk memikirkan peristiwa yg berlaku di sekelilingku. selama ini bukan aku tidak peduli dgn apa yg berlaku. cuma mungkin kerisauan terhadap situasi dan peristiwa yg menjadi dilema diri lebih menjadi keutamaan di otakku daripada memikir apa2 yg sedang aku fikirkan sekarang ini.

Risau. ya, memang aku risau. bimbang. tapi bukan ttg diri ini yg aku maksudkan. aku merujuk kpd peristiwa demi peristiwa yg melanda ibu pertiwi yg kucintai ini. peristiwa yg membawa dilema. sungguh2 ia mencuit perasaanku kini. tiba2 aku jadi cemas. aku jadi risau memikirkan, apa akan jadi kpdnya (ibu pertiwiku) di masa depan nanti? malah, apa juga akan jadinya dgn aku & kamu, kamu serta kamu semua yg selama ini berlindung dgn aman di bawah payungnya, di hari muka nanti? kerisauan yg semakin menebal di dada saban hari membuatkan aku hampir hilang selera makan, hilang selera tidur. aku takut... sgt takut dgn segala macam kemungkinan yg mungkin terjadi.

Bukan aku tidak peduli. bukan aku tidak mau mengikut jejak sebilangan orang yg berusaha menyingkap tabir demi tabir yg menyelimut wajah sebenar ibu pertiwiku. aku orang biasa. terus terang, aku tak tidak mampu memikirkan lebih drpd apa yg mampu aku jana dari perkhabaran2 yg terbentang di depan mata. terkadang tercetus juga rasa bingung & keliru dlm menilai mana yg intan mana yg kaca. namun kerana aku hanya orang biasa maka aku tak berani membuka langkah & berjalan ke segenap pelusuk alam utk menjawab segala bingung & keliru itu. apa yg ada pd diriku, orang biasa ini, hanya rasa sayu & simpati mengenangkan peristiwa demi peristiwa yg melanda ibu pertiwi yg kucintai ini. seiring dgn rasa itu, kupanjatkan doa sebanyak2nya ke hadrat Ilahi supaya ibu pertiwiku dirahmatiNya dgn kesentosaan. hanya itu yg aku termampu. setiapkali perkhabaran jelek disuakan di mata & telinga ini. Ya Allah, mudah2an segala kemelut ini akan berakhir tanpa mengorbankan maruah sesiapapun. terlebih2 lagi orang2 biasa yg tiada daya di dlm hal spt ini...