Monday, March 12, 2007

AKU TAK MAU PEDULI!!!

inikah suratanNya...?? aduh...mengapa mesti begini? penat betul rasanya aku.

sebetulnya hari ini sebaik shj aku menghidupkan komputer ku aku berangan2 mau menulis tentang pengalaman2 lucu di sukaneka anjuran tadika mak su yg baru aku ikuti hujung minggu lalu. kemudiannya, aku mau bercerita pula tentang rancangan aku & mama sepanjang minggu ini utk membuat make over terhadap dekorasi dlm rumah ku serta kawasan tepi rumah yg bakal dijadikan taman/kebun mini. tapi sayangnya hari ini aku perlu ke pejabat mengambilalih tugas teman yg tidak hadir bertugas kerana katanya ada urusan penting yg tidak dapat dielakkan. geram sungguh rasanya hatiku kerana hal itu membuatkan segala impian ku betul2 jadi terbantut!
sesampainya shj. aku di pejabat pagi tadi aku terus diarahkan mengambilalih kerja kawan ku itu. tambah menggeramkan rupanya diam2 dia sudah mengisi borang utk bercuti hari ini & esok! aku baru shj. bercadang utk mengusahakan rencana dgn mama.
tambah membuatkan hati ku panas membara bila aku bukan setakat memangku tugas malah perlu pula duduk di meja kerjanya kerana ketua kami sorang yg cerewet & 'manja' (tidak pandai melakukan kerja kalau tanpa bantuan orang. tapi bagiku orang yg semacam itu bukan manja. tetapi malas! berlagak besar! segalanya mau disediakan, mau dibantu hatta pada perkara2 yg kecil remeh temeh sekalipun) terpaksalah utk dua hari ini aku duduk berdekatan dgn bilik orang tua itu.
duduk di meja kerja orang lain membuatkan emosi ku terganggu hari ini (tambah pula hari ini hari Isnin. hari yg paling selalu membangkitkan rasa moody dlm diri ku). aku kurang selesa hendak membuat kerja. lebih2 lagi bila aku tidak dapat bermula dgn efisyen sesampainya aku di sini pagi ini. di tempat kawan ku ini segala laci & kabinetnya berkunci sedang di dlm itulah segala macam kelengkapan pejabat & alatulisnya ditempatkan. tidak mau perkara kecil itu menambah beban dlm kotak fikiranku, aku berjogging balik ke meja kerja ku utk mengambil beberapa batang pen & bekalan alatulis lainnya bagi menampung keperluanku sepanjang dua hari nanti. selesai masalah pertama.
aku kira cuma itu shj. gangguannya. namun, sebaik selesai masalah itu timbul pula masalah kedua. sewaktu aku sampai pagi tadi aku bawa semua kerja itu ke 'tempat baru' ku. kemudian aku cuba menghidupkan komputer supaya aku dapat menyelesaikan segala tugasan ku seperti biasa walaupun terpaksa duduk di meja kerja orang lain. aduh... rupa2nya komputer itu sudah ditaruh kata laluan pula! (password) sejak bila pula komputer itu menjadi terlalu sulit sehingga tidak boleh diakses oleh orang lain?? dgn perasaan yg sgt jengkel terpaksa aku menelefon kawanku & meminta dia memberikan kata laluan supaya aku boleh menggunakan komputernya. berkali2 aku terpaksa mendail sebelum panggilanku dijawab. dgn perasaan yg kukira agak jengkel juga dia memberikan kata laluan itu kepadaku memandangkan memang dia tiada pilihan kerana selain aku tiada siapa yg dapat menggantikan tempatnya semasa ketiadaannya itu. maka dgn itu, alhamdulillah, selesailah masalah kedua.
tetapi seketika kemudian, sedang aku menyiapkan laporan minit mesyuarat yg tertangguh2 hendak kulakukan sejak minggu lepas, aku menerima email dari bahagian sumber manusia yg memaklumkan bahawa aku perlu mengikuti kursus anjuran BTN di Klang selama 4 hari bermula hujung minggu ini (Ahad). aduh...mengenangkan selepas itu kemudiannya aku perlu pula menghadiri bengkel 3 hari di Morib pada hari Jumaatnya membuatkan aku jadi betul2 marah. mengapa semua orang senang2 membuat rencana tanpa memikirkan tentang orang lain yg turut terlibat?? hari ini emosiku benar2 tercabar. aku memang sungguh2 geram, marah, benci, meluat dgn semua orang di tempat kerja ku ini. dasar manusia yg pentingkan diri sendiri! baik. cukup sampai di sini shj. aku akan berhenti membuat sebarang kerja pejabat hari ini sebagai tanda protesku terhadap segala sikap mereka2 yg keterlaluan itu!

No comments: