Tuesday, March 6, 2007

Pantai Pasir Putih, Bukit Layang2 & Hotel Selesa





memandangkan adik ku masih lagi ditahan di wad, aku kira perancangan utk menghabiskan cuti hujung minggu ini akan terpaksa dibatalkan. pun begitu aku tidak tau sama ada mama masih mau menghadirkan diri di program sukaneka pelajar2 mak su pada hari Sabtu nanti.
mengikut rencana asal, kami sekeluarga memang mau sama2 ikut membantu dalam program di tadika mak su itu. memandangkan acara sukaneka tersebut hanya berlangsung setengah hari shj. maka aku berjanji mau membawa mama, papa, adik & cik rose menginap di hotel & jalan2 di sekitar Pasir Gudang. rencananya, setelah selesai acara pada tengahari Sabtu nanti, selepas makan & semua tetamu pulang, aku akan membawa mereka mendaftar masuk utk bermalam di Hotel Selesa. setelah berehat2 seketika di bilik, pada sebelah petangnya seperti yg sud
ah aku janjikan aku mau membawa mereka bersiar2 di Bukit Layang2 & menikmati makanan laut di pantai Pasir Putih. kemudian di sebelah malamnya jika mereka tidak penat aku mau membawa mereka jalan2 lagi di sekitar bandar Johor Bahru pula. tidur semalam di Hotel Selesa. esoknya, selepas sarapan pagi lebih kurang jam 10.00 baru akan bertolak pulang.
rencana utk bersiar2 di Pasir Gudang itu diusulkan mama sejak aku pulang bercuti pada cuti tahun baru cina yg lalu. kalau sungguh2 kuikutkan kesukaan diri yg lebih gemar m
engurung diri & diam bersendirian ini sebenarnya sudah tentu aku menolak shj. usul mama itu. tapi memandangkan betapa aku lihat dia sungguh gembira sekali sewaktu mengusulkan rencana itu, aku rasa sgt bersalah jika engan memenuhinya. aku katakan, jika mau berjalan2 di Pasir Gudang aku lebih senang tinggal di hotel shj. tidak mau bermalam di rumah mak su. aku tidak sangka kata2 ku itu boleh betul2 mendorong mama membuat survey berapa harganya utk tidur semalam di Hotel Selesa, malah sudah juga menanyakan kepada mak su arah jalan utk ke pantai Pasir Putih. justeru melihatkan kesungguhannya itu, aku tidak sampai hati hendak menghampakan mama tanpa apa2 alasan yg kuat. lalu aku pun berjanji akan menanggung segala perbelanjaan penginapan & kos utk berjalan2 itu (alhamdulillah, wang bukan masalah bagi aku).
tapi sayangnya bila semua orang sudah teruja dgn rencana itu, tiba2 adik pula terlantar di hospital. bukan aku terkilan kerana tidak dpt meneruskan rencana tersebut. cuma aku rasa sedikit hampa kerana baru inilah aku terasa benar2 ingin menghabiskan masa bercuti & jalan2 bersama keluarga. lebih2 lagi keinginan tersebut sgt sukar utk hadir dlm diri ku. memang aku merasa agak hampa. namun aku redha dgn ketentuan Tuhan. adik ku tiba2 sakit. mungkin ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya. selalunya begitulah. mudah2an ada lain kalinya buat ku. di kesempatan yg lebih baik barangkali. maka aku boleh merencanakan percutian bersama keluarga yg lebih menarik & bagus dari yg ini. mudah2an..




No comments: