Tuesday, March 6, 2007

Tak Tau Apa Hendak DiRasa



aku akan kembali kesorangan lagi. teman yg sejak beberapa bulan lalu menumpang tinggal di rumah ku telah mengambil keputusan utk pulang semula ke kampung. tinggal bersama keluarganya. dia tidak menyatakan mengapa tiba2 dia mengambil keputusan itu. justeru, aku pun tidak ingin bertanya apa sebabnya. kerana aku percaya walau apapun alasannya itu bukan urusan ku utk ambil tau melainkan jika dia sendiri ingin aku mengetahuinya (jika dia mau sudah tentu dia beritahu aku. bukannya menunggu aku yg bertanya kepadanya. aku bukan busy body).

aku tidak kisah jika dia tidak lagi mau tinggal di rumah ku. selama dia tinggal bersama akupun, aku tidak pernah mengenakan apa2 bayaran. aku sekadar membantu teman yg dalam kesulitan. sebelum ini memang dia tinggal di rumah keluarganya. tetapi katanya berulang alik setiap hari dari rumah itu ke tempat kerjanya sgt2 memenatkan. justeru, dia mohon jika aku sudi memberinya kesempatan utk tinggal di rumah ku. kebetulan selama ini aku pun memang tinggal bersorangan maka aku izinkan dia tinggal di rumah ku selama mana yg dia mau. selagi aku masih sorang. begitulah kisah bagaimana dia mula tinggal bersama ku. & kini aku kira masanya sudah tiba. dia ingin pergi. barang2 milik peribadinya belum lagi dikemaskan. tidak tau bila dia akan datang mengambilnya. tetapi katanya dia sengaja memberitahuku lebih awal supaya aku tidak tertanya2 mengapa dia sudah sering tidak pulang ke rumah ku lagi. sepanjang pemerhatianku memang dia semakin jarang pulang ke rumah ku sejak awal bulan dulu. malah, sejak 2 minggu ini dia sudah langsung tidak menjejakkan kaki di rumah ku lagi. ketiadaannya menjadikan aku kembali kesorangan. seperti dulu2. seperti selalu.

kesorangan? peliknya aku menulis begini. selama ini bukankah aku memang kesorangan? dlm kebanyakan masa, aku bersendirian menempuh hampir semua perkara rutin dalam hidup ku. hari demi hari. aku makan sendirian. minum sendirian. duduk2 sendirian. menyanyi, bermain gitar sendirian. jogging sendirian. menonton tv atau wayang sendirian. pergi membeli barang2 di pasaraya sendirian. memandu sendirian. pulang ke kampung sendirian. bertugas luar daerah sendirian. malah walaupun buat beberapa bulan sebelum ini aku ditemani oleh teman ku itu tetapi aku tetap bersendirian. kami jarang berbual walaupun tinggal sebumbung. dia seorang yg ceria. sgt berbeza dgn karektor ku yg agak tidak peramah (kerana aku memang sorang yg suka berdiam jika merasa tiada apa yg hendak dibicarakan). pernah di awal2 dulu dia cuba bercerita itu ini kepada ku (utk mencari keserasian barangkali). tapi sayangnya aku sungguh tidak minat mendengar cerita tentang karenah manusia yg selalu menjadi topik utamanya. kalau tidak bercerita tentang telatah teman2 sepejabatnya, dia bercerita pula tentang karenah bakal teman hidup pilihan keluarganya. bagi aku cerita tentang manusia & sikapnya & pemikirannya & karenahnya memang tidak akan pernah selesai selagi dunia ini tidak kiamat. semuanya kisah itu akan berlaku lagi, lagi, lagi & lagi. berulang2. jadi, utk apalah kita asyik bercerita tentang perkara yg berulang2 itu? bukan aku tidak mau jadi sorang yg ramah. cuma aku tidak suka mendengar cerita yg sama. berulang2. aku penat. bosan!

mujur juga jenis pekerjaan yg dibuat oleh teman ku itu menjadikan dia seorang yg sgt terikat dgn kerja. seringkali perlu mengikuti program syarikat di sana sini & lambat pulang (kadang2 langsung tidak pulang bila bertugas jauh). & bila pulang biasanya hanya sempat bertegur sapa bertanya khabar dgn ku seketika & kemudian terus shj masuk ke kamar utk tidur. rutin harian & karektor yg berbeza membuatkan hubungan kami sgt dingin. sekadar teman berkongsi tinggal serumah. tidak lebih dari itu.

jadi, benarlah aku sememangnya kesorangan selama ini? entah. rasanya selama ini aku bukan kesorangan. tapi suka bersorang diri. ya? tidak? entah. rasanya mungkin aku sendiri keliru apa maksud 'kesorangan' itu agaknya. betul begitu? tidak? entah. aku tak tau apa yg aku rasakan sekarang ini. sebetulnya, aku tidak pasti apakah nama perasaan yg sedang aku alami ini. rasa kosong? ya, aku rasa kosong. tapi selama inipun memang aku rasa kosong kan? ah, entahlah. apapun, aku harus mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada teman ku itu kerana selama beberapa bulan ini dia telah membantu aku mengisi salah satu ruang kosong di rumah ku yg selama ini tidak tau dgn apa hendak kuisi.



aku malas hendak meneka2 lagi apa yg sedang aku rasa saat ini.


No comments: