Monday, March 5, 2007

kOLekSi peRAsaan SePAnjang hUJung miNGgu




Antara terpaksa dgn rela


penat. walaupun hakikatnya jika direnung dgn mata kasar tiada apa yg boleh dilihat menyumbang kepada rasa penat itu. tapi itu yg aku pelajari bila aku cuba membuat sesuatu dlm perasaan ini bercampur2 antara suka (rela) dgn terpaksa. penat!
hujung minggu lalu terpaksa kuhabiskan masa dgn berbengkel di Hotel Corus, PD. ya, bunyinya memang cukup menarik. tambah pula tempatnya memang cantik. pemandangannya indah, sajian makanannya pelbagai & enak sekali. malah jadual program pun tidak seketat atau sepadat kursus2 atau bengkel2 lain yg pernah aku ikuti selama ini. sambil2 berbengkel boleh shj. sesekali keluar berjalan2 mengambil angin di persisiran pantai. memang sungguh santai sekali. tapi malangnya aku tidak dapat menikmati rasa santai itu sepenuhnya. bukan aku tidak mau. tapi di saat perasaan ku tidak tenang, secara automatik (memang selalunya begitu. ada semacam suatu setting yg telah diprogramkan dlm kepala ku) aku merasa tidak selesa, tidak begitu suka hendak melakukan apa2 jua aktiviti luar. malah kalau boleh aku tidak mau melihat kelibat sesiapapun pada waktu itu.
pelik. bila perasaan & hati ku tidak tenang, apa yg aku mau cuma bersendirian @ hanya aku & diri ku sendiri. justeru itulah yg menjadikan aku rasa sangat sengsara bila disuruh pergi berbengkel. walaupun cuma 3 hari (bengkel bermula Jumaat & berakhir pada hari Ahad) namun aku rasakan masa terlalu
lambat berlalu. aku mau segera pulang ke kampung setelah bengkel tersebut berakhir. mau berada di sisi adik ku yg entah bagaimana keadaannya sekarang ini. harap2 sudah beransur baik.
pada kebiasaannya, apabila terjadi perkara2 yg membuatkan perasaan ku tidak tenang, tidak selesa, aku sebenarnya lebih senang mendiamkan diri ku di rumah shj. aku lebih suka duduk2 di laman bermain gitar sambil melayan angan atau menonton segala VCD, DVD cerita kartun atau apa2 shj. filem yg lucu2, atau sekadar memerhati alam ciptaan Tuhan dari jendela atau beranda kamar ku. apa2 shj. asalkan aku berada di rumah ku sendiri.





waktu berbengkel membuatkan aku bengang!

bosan. itulah rasanya bila bekerja dgn orang yg tidak mau mendengar pendapat orang lain. sudahlah tidak mau mendengar, tidak mau juga mulutnya hendak bertanya apa2 yg dia tidak tau. hanya sekadar mengandai2kan shj. sudahnya, kesilapan demi kesilapan akibat dari gangguan komunikasi itu senang sekali berlaku.

bengang. mau dipanggil apa orang yg semacam itu? dungu? ego? bagi aku itu orang bodoh sombong namanya. bodohnya tak boleh diajar. pandainya tak boleh diikut! nasib baik cuma 3 hari. tapi sebenarnya, 3 minit pun aku tak sudi hendak bersama orang yg semacam itu.
jengkel. melihat manusia dgn pelbagai reaksi semasa berbengkel ini membuatkan kepala ku tambah pusing & mata ku rasa perit. setiap yg datang itu aku kira sudah mempunyai agendanya sendiri. walaupun hakikatnya tujuan bengkel itu sudah pun ditetapkan oleh pihak penganjur. aku tak mau ambil pusing sama ada bengkel itu mencapai matlamatnya atau tidak. walaupun pada mulanya aku menghadiri bengkel itu atas rasa tanggungjawab. aku pergi utk melaksanakan tugas ku. tapi aku tak dpt menahan keinginan utk melarikan diri dari situ apabila mengadap karenah manusia yg macam2. mengapa manusia tidak malu2 mempamerkan agendanya yg menjengkelkan itu? medan bengkel dijadikan medan utk mencari nama. ada juga yg mau menunjuk kuasa. malah ada yg jelas2 bukan mau mengikuti bengkel tetapi hanya berniat pergi makan angin semata2. semua perangai itu betul2 membuatkan aku rasa jengkel. bosan sekali.


melayan angan2 di tepi pantai


sayu. laut & pantai yg terbentang luas itu memang cukup indah & mempersona panoramanya. aku suka pada pantai. pada laut. walaupun entah mengapa perasaan ku selalu tersentuh & menjadi sayu bila aku melihat airnya yg membiru itu.
bosan berada di dewan bengkel aku bersiar2 menyusuri kawasan pantai yg telah ditambak menjadi sebuah lagoon. aku sudah berjalan melihat2 kawasan hotel yg aku duduki pada hari Jumaatnya. lalu, pada hari Sabtu & Ahadnya pula aku mengambil peluang utk meneroka kawasan pantai & lagoon di sekitarnya. sepanjang 3 hari berbengkel memang itulah yg aku lakukan apabila rasa bosan atau tidak selesa mula menguasai diri. kebetulan aku duduk di barisan paling belakang. justeru, pabila bosan senyap2 aku tinggalkan dewan itu & pergi ke pantai. lucu sekali aku rasa bila 'melarikan diri' seperti itu. memandang pantai yg cantik itu membuatkan fikiran senang melayang memikir kenangan2 lalu. kadang2 bila memandang pantai & laut itu fikiran ku juga mula menerawang memikir tentang hidup ku kini & di masa depan. sambil duduk di bangku batu melayan perasaan itu berulang2 kali aku dendangkan lagu2 lama, Gelombang nyanyian penyanyi Salamiah Hasan & Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang nyanyian kumpulan Harmoni (nasib baik kawasan tempat2 duduk itu tidak ramai orang lalu lalang. kalau tidak entah apa persepsi mereka bila melihat aku menyanyi terlolong2 seperti itu). agak bagus juga jika di waktu itu aku bertemankan sebuah gitar. lama rasanya tidak bermain gitar.
pantai di kawasan Hotel Corus bagi aku paling cantik pada waktu senja (kerana matahari terbenam di kawasan itu). tapi sayangnya lampu2 tidak dihidupkan pada waktu malam. selepas matahari menghilang apa yg tinggal hanyalah gelap gelita. aku tak pasti mengapa pihak hotel tidak menghidupkan lampu2 di pantai itu. padahal di sepanjang lagoon yg dibinanya terdapat deretan tiang2 lampu. mungkin pihak hotel sengaja buat begitu kerana tidak mau pengungjung atau orang luar berada di kawasan itu sepanjang malam. utk tujuan keselamatan barangkali.


syukur pada tuhan...


lega. waktu2 menyiksakan sudah berakhir. Hotel Corus & pantai PD aku tinggalkan lewat petang Ahad sewaktu matahari sudah hampir berlabuh di gigi laut. rasa sedih juga hendak berpisah dgn pantai, laut & bayunya yg nyaman. tapi rasa rindu pada mama, papa & terutama sekali adik yg masih sakit lebih kuat menggamit hati ku. maka aku tinggalkan juga pantai tempat aku melayan angan2 & perasaan sepanjang 3 hari itu. aku akan kembali ke kampung setelah selesai segala urusan di tempat kerja. mungkin Khamis, mungkin Jumaat. tapi tidak lebih awal dari itu. hanya selepas itu shj. baru aku dapat menjejakkan semula kaki ini di rumah mama. & menemani semula adik di sisinya sepanjang malam supaya dia tidak kesorangan di katil wad bercadar putih & biru muda itu.

No comments: