Friday, March 30, 2007

Sukarnya merawat luka ini...

Sejak beberapa waktu ini, begitu banyak sekali perkara yg membuatkan hati ku luka. aku sedih. marah. kecewa. sakit hati. tapi bukan kerana aku tidak redha dgn qada' & qadar yg telah ditentukan Ilahi. atau merasa hilang kepercayaan dgn kekuasan Allah yg maha agung: setiap perbuatan, terutama sekali yg jahat akan dibalasNya kembali dgn pembalasan2 yg setimpal.


aku hanya terlalu takut kalau2 aku akan diuji dgn perkara yg sama sekali lagi. aku takut. mengapa? entahlah. mungkin kerana iman ku belum menebal dalam dada. agaknya. mungkin...


banyak yg telah aku lakukan agar jiwa ku kembali aman. namun sesekali masih terbit perasaan sangsi & curiga. biarlah... akan kuteruskan usaha utk memadam api amarah & dendam yg masih bersarang dalam dada. mudah2an mata hati ku mampu mengesan titis2 Rahmat yg telah diutuskannya bersama musibah ini. bak bait2 kata dalam lagu Lukisan Alam yg menjadi halwa telinga ku di waktu ini... aku kan terus belajar utk pasrah & bertawakal padaMu, Ya Allah...





Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu



No comments: