Monday, April 9, 2007

Untaian Kata Penawar Bagi Hati



aku sgt terharu menerima sebuah email dari sorang teman pagi ini. tajuknya 'Untaian Kata Penawar Bagi Hati'. setelah aku baca isinya..memang sungguh2 bermakna sekali. benarlah kata orang...sahabat yg baik akan berusaha utk menyenangkan hati sahabatnya yg lain. begitu melihat bait2 kata dalam email itu aku rasa cukup terpanggil utk mengabadikannya di blog ku ini. aku terharu membaca bait2 kata itu. terima kasih sahabat...atas penawar yg kau berikan..



"Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat...... dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat.
Bergaullah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.

Sahabat mewakili suatu kekuatan. Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.
Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri yang tahu menilai setiap apa yang kita lakukan.
Hadiah yang berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri.....
Jadilah juara yang mengajak orang lain menjadi juara. Kehidupan adalah suatu giliran..... antara senyum dan tangis.
Air mata pula adalah masin kerana ia adalah garam penghidupan.
Tenaga yang paling kuat di atas muka bumi adalah kasih sayang.
Tanpa usaha angan-angan tak bermakna.
Sejauh mana kita pergi, sekuat mana pun kita lari, kita tidak dapat menghindar reality, dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri.
Suatu bangsa dikenal kerana akhlaknya [budi pekerti]. Jika budi pekertinya telah runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu.

Walaupun dunia berada dalam genggaman, namun akhirat tetap di hati, walau setinggi mana darjat kita di dunia ini, hati tetap menghambakan diri pada Allah yang maha kuasa, semulia mana diri kita, ke tanah jua kita akhirnya.....
Gantungkan cita-citamu setinggi langit. Sekiranya ia jatuh, ia jatuh di puncak gunung bukannya di lembah jurang.
Tak semestinya apa yang kita lihat itu benar belaka, kadangkala pandangan mata sering menipu. Selidikilah apa yang kita lihat dan pastikanlah kebenarannya. Semoga yang setitis menjadi selautan dan kebenaran akan terserlah.

Ilmu adalah petunjuk amal, faham adalah peti ilmu, akal adalah pemimpin bagi kebaikan, nafsu adalah kapal dosa, harta adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong, dan dunia adalah pekan akhirat..
Jadilah seperti bunga cempaka, rupanya tiada tapi wangi baunya, jangan jadi seperti bunga raya, rupanya cantik tapi tidak berbau......
Dalam menuntut ilmu pula..... jadilah seperti lembah, jangan seperti gunung. Kalau kita merendah diri mudah mendapat ilmu, tapi kalau sombong..... siapapun tak larat untuk mendaki.....

Gersang bumi tanpa hujan, gersang hati tanpa iman. Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ke syurga.
Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Sebesar-besar ibadat ialah berfikir tentang Allah.
Tanpa amal lunturlah iman, tanpa iman sepilah ibadat, tanpa ibadat hilanglah nur di hati, tanpa nur pudarlah akhlakmu.....
Tiada yang dapat mengubah nasibmu kecuali dengan usaha dan tawakalmu. Percaya di dalam semua pekerjaan ada kejayaan dan kegagalan.
Istiqamah dalam semua pekerjaan lebih baik dari kamu hanya bersungguh-sungguh daripada tidak mendapat apa-apa.
Hidupnya jiwa kerana ilmu, maka rebutlah ilmu. Matinya jiwa kerana kejahilan, maka jauhilah kejahilan.
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan.
Tanamkan usaha, siramkan doa dan tuailah kejayaan. Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.
Setiap kegagalan pasti ada hikmahnya, jangan sedih walaupun ia pahit. Jikalau kita yakin kejayaan itu milik kita, kita mstilah berusaha untuk mencapainya.

Hidup manusia akan lebih bermakna sekiranya iman penuh di dada. Kejayaan tanpa usaha satu kebetulan, tetapi kejayaan dengan usaha satu kepuasan.
Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya jadikan ia pedoman dalam meniti arus kehidupan ini.....
Kekalahan dan kelemahan akan wujud jika kita yang membenarkannya.
Kebahagiaan itu akan dapat dicapai dengan jalan iktikad yang benar, yakin iman dan agama.

Buah akal adalah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman, buah fikiran adalah kemajuan. Alangkah indahnya jika ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupannya. Insan yang berjiwa hamba adalah menggunakan akal dan roh dalam hidupnya, insan yang berjiwa binatang adalah menggunakan roh dan jasad dalam hidupnya, insan yang berjiwa akal, roh dan jasad dalam hidupnya adalah di sisi Allah.

Usaha canggih kejayaan anggun.
Dunia ini bagai satu titian yang harus ditempuhi oleh setiap yang hidup. Oleh itu menitilah dengan berpegangkan kayu keimanan yang kukuh.
Kehidupan ini adalah suatu perjalanan yang nun jauh...... hanya kita yang menentukan sama ada kapal itu sampai di tepian atau karam di lautan.
Darihal seseorang tak usah kau tanya, tapi tanyailah siapa temannya, sebab tiap?tiap teman itu adalah meniru temannya.
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlau manis untuk dikenang.

Berusahalah sementara ada kesempatan, jangan menunggu hingga kesempitan.
Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya.

Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu, relakan pemergiannya. Andai kata dia kembali padamu, sesungguhnya takdir telah menentukan dia untuk kau. Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah, ketentuan takdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi. Tak kenal maka tak benci..... semoga dibuai mimpi ngeri.....

Setiap manusia memerlukan perubahan, dan perubahan itu memerlukan pengorbanan. Bila disatukan keduanya..... ia memerlukan bimbingan.
Kemewahan tidak menjanjikan keberkatan, tetapi keberkatan menjanjikan kemewahan.
Suatu kesilapan itu adalah merupakan pengajaran yang paling bermakna.
Perjuangan itu pahit namun ia menjanjikan syurga yang manis.
Lawan tetap lawan..... walaupun kita tewas..... namun musuh luka jua.
Jangan takut pada kesilapan kerana ia mengajar kita erti kehidupan.
Ada baiknya kita belajar suatu kejujuran walaupun ia datangnya dari satu kesilapan.
Sesekali berterima kasihlah pada pengalaman kerana ia mengajar kita erti kedewasaan.
Keindahan bunga pada mekar kuntumnya, keindahan kata pada puitisnya, keindahan langit pada pelanginya, keindahan manusia pada akalnya.
Apabila terjadi perpisahan, tak kiralah pihak mana yang membuat keputusan, kaum wanitalah yang lebih menderita.....

Takut mati adalah mati sebelum mati.
Kesilapan utama kita adalah menurut kata hati, sekali terlanjur, akan terulang terlanjur, jarang sekali manusia mudah kembali......
Cinta tanpa cemburu bukanlah sesuatu yang sejati. Kadangkala kita lupa padaNya..... sebab itu kita tidak siuman.....
Wang itu ibarat aiskrim, gunakanlah ia sebelum cair..
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bereti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta..... tapi..... cinta itu adalah cinta.....
Orang yang menjenguk orang sakit seperti dia berada di dalam kebun syurga sehinggalah dia kembali.
Bukanlah kemiskinan itu dari tiadanya harta, tetapi kemiskinan itu adalah miskin hati dan jiwa dari keimanan.
Bukanlah kekayaan itu dari banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati dan jiwa dengan keimanan.

Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Orang bodoh pun berguna kalau dimanfaatkan sesuai dengan kebodohannya.
Ilmu datang bagaikan hujan, cuma manusia dedaun keladi, tidak ditatang bagaikan intan, berlalu tersia tidak kembali.
Orang yang tenang adalah orang yang bersedia menghadapi perkara yang tidak disangkakan, mengharapkan yang terbaik tetapi menerima apa jua yang mendatang.
Bukannya pada berani jatuh sesorang, tetapi berani bangun setelah jatuh yang merupakan kunci keberhasilannya.....

Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu itu.
Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.
Bagaimanapun pintar seseorang, fikirannya tidak akan mencakupi semua persoalan. Bertambah tinggi kedudukan seseorang bertambah jelaslah kelemahannya.

Hanya lidah yang mampu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, ayunan kedua belah tangan, langkah kedua-dua kaki dan sikap tubuh atau seluruh anggota badan akan membohongkan apa yang diucapkan oleh lidah.
Timbang rasa adalah laksana rantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan akal dan tubuh dgn jiwa.
Pantang orang budiman melawan suara keyakinannya sebab lidah orang yang berakal dibelakangnya hati dan hati orang yang bebal di belakang lidahnya.
Jangan dipertikaikan suatu nilai persahabatan hanya kerana satu kesilapan.
Adat hidup manusia di muka bumi adalah untuk belajar mengenali orang lain.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, tapi nak senang kena susah dulu, walaupun dah senang, senang ajer nak susah, tak susah nak susah, tapi susah nak cepat senang, senangkan diri yang susah, agar yang susah jadi senang. Senang hati, senang diri, senang semuanya.....

Satu gunung tanggungjawab yang sedang dan bakal dipikul adalah merupakan amanah dari Allah. Anggap ia satu ujian sebelum menikmati nikmat syurga yang tak terperi seronoknya.....
Anggaplah selalu dunia ini sebagai suatu ladang ibadah yang sangat luas..... kiranya akan membuatkan keimanan kita semakin kuat dan kukuh.....
Diam tak semestinya berfikir, merenung tak semetinya mengkaji, bercakap tak semestinya berilmu, dan bertanya tak semestinya ingin tahu.....
Wang selalu mendatangkan masalah, tapi..... bukan semua masalah dapat diselesaikan denagn wang. Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan, ibu dari segala adab adalah sedikit bercakap, ibu dari segala ibadat adalah takut buat dosa, ibu dari segala cita-cita adalah sabar.
Barangsiapa melakukan ketaatan dalam keadaan menangis, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga dalam keadaan ketawa.
Manusia boleh jadi alpa oleh kekayaan tetapi manusia tidak boleh lari dari kenyataan. Janji kita pada manusia boleh ditolak tepi tetapi janji kita pada Allah tidak boleh dimungkiri. Ilmu itu bagai haiwan liar, jadi tambatlah ia dengan tali kesungguhan.

Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang..... Barangsiapa tidak beradab, tiadalah ilmunya, Barangsiapa tidak sabar, tiadalah agamanya, Barangsiapa tidak warak, tiadalah darjatnya di sisi ALLAH.

Senyum itu indah.....
Bila dah nekad terhadap sesuatu keputusan, jangan sesekali titiskan air mata.....
Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan, terumbang?ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan tindakan pula tidak akan menghasilkan suatu apapun kecuali kekecewaan.....
Realiti tak seindah fantasi andai kau hanya menanti dan terus menanti tanpa berusaha.....
Andainya tiada jodoh..... untuk ke singgahsana..... ku pasrahkan segalanya..... kerana takdir yang akan menentukan IMPIAN KASIH.....
Jadilah hamba kepada pahala, jangan jadi raja kepada dosa, supaya kita mampu untuk mengejar nikmat syurga dan tidak pula dikejar azab neraka.
Kasih abadi..... kasih Ilahi, kasih hakiki..... kasih Nabi, kasih sejati..... Kasih ibu, kasih suci..... kasih sesama sendiri.
Jika kita berkata ikhlas dari hati, ia akan menyelinap ke hati. Namun, jika kita bercakap dengan lidah, ia hanya akan sampai ke kulit telinga.
Untaian kata spesies Jenaka.....
Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang digapai, ku melilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki.

Jangan kecil hati..... sebaliknya besar-besarkan hati tapi kecil-kecilkan badan. Makan biar selebar talam, ilmu biar selebar alam.
hidup single = boring, hidup skandal = berdosa, hidup berumahtangga = bila lagi???

senyum pada semua orang adalah wajar, tapi.....bercinta dengan semua orang adalah kurang ajar.....biar tak hensem, asal jangan pekak.....gahnya bukan pada rupa..... jadi turbokan kereta kita.....heheh

Jelingan tak sama ertinya.....
Jelingan pemimpin: memasti, jelingan anak: takut dimarahi, jelingan bapa: mengawasi, jelingan kawan: minta simpati, jelingan musuh: sakit hati, tapi.....jelingan perempuan: jatuh hati.....?
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perut dalam pusatnya.....hehe

....Segala keindahan dunia tidak boleh dituturkan dengan sejuta madah..

ujian adalah tarbiyah dari Allah...bersabarlah..."


No comments: