Friday, June 8, 2007

Sudah sampai sini...





pagi ini aku cuma duduk2 di jendela sambil menghirup angin segar dari persekitaran. sudah agak lama aku tidak melakukan rutin yg sgt aku sukai ini. sebetulnya bukan tidak punya masa, tetapi aku yg tidak mau mencarinya lantaran aku rasa masa selalu tidak ingin menyebelahiku. walau dlm apa keadaan sekalipun. sejak akhir2 ini.



kerumitan yg semakin menyesakkan jiwa membuatkan aku menghindar jauh dari semua orang termasuk juga keluarga serta sahabat2 yg selama ini cukup akrab dengan ku. ramai juga antara mereka yg sungguh prihatin, tidak pernah putus2 bertanya2 ttg kesihatan & keadaan diri ini. blog2 yg aku miliki juga terbiar sunyi. suram. sesungguhnya aku telah belajar mengenal satu lagi pengalaman yg sgt mahal harganya dlm hidup ini; luka jiwa, hati. rupa2nya kelukaan yg paling sakit adalah kelukaan pada hati & jiwa. teringat aku pada kata2 pelakon dlm sebuah filem hindi yg secara tidak sengaja telah aku tonton sewaktu di kampus dulu; "kau boleh mematahkan kaki ku atau memecahkan kepala ku utk mengalahkan aku. tapi kau tetap tidak akan menang kerana aku akan memukulmu di tempat yg kau akan rasa paling sakit. di sini" ucap pelakon itu sambil jarinya menunjuk ke arah dada (hati). aku akur kini. rupa2nya memang benar, di situlah tempat yg paling sakit apabila disakiti. selama ini aku bukan tidak pernah 'dipukul' di tempat itu. cuma, kali ini aku rasa aku mungkin sudah tidak terdaya menahan pukulan demi pukulan yg aku terima di tempat yg sama. semakin hari aku rasa ia semakin menyakitkan.



aku menghindar diri bukan kerana ego. tidak mau diri ditolong. sesungguhnya aku sorang manusia yg tak pandai berkongsi duka & mempamerkan rupa kelukaan itu kepada sesiapapun. buat masa ini biarlah aku menemani diri ku sendiri. biarlah kalau ada yg sampai mengatakan aku mau pergi membawa hati. silakan. memang aku mau membawa hati ku ke suatu tempat yg aman. walaupun aku tak tau apakah nama tempat itu, di manakah tempat itu. apakah ia wujud? namun aku sudah sampai di sini... saat ini. begitu jauh aku berjalan. walaupun destinasi tujuan masih belum ku temui, aku akan terus berjalan. walaupun masih wujud kesangsian, keraguan utk menghadapi hari mendatang, aku berjanji takkan membiarkan diri mati sebelum aku betul2 mati.


za...terima kasih kerana berusaha menyediakan aku 2 keping CD yg memuatkan kebanyakan lagu kesukaanku. aku paling suka lagu ini. dlm CD yg kau berikan lagu itu dinyanyikan semula oleh kumpulan XPDC. dlm versi baru. tapi aku lebih suka versi asal yg dinyanyikan oleh BPR. apapun..terima kasih banyak2 za. kerana sudi memahami aku..






bermusim..
silih berganti bulan mentari
pejam celik tak terasa aku
sudah sampai sini
sudah sampai sini



bergerak...
berlagu hanyalah seketika
tinggal aku dalam kerugian
dia pasti pergi
dia terus pergi



selagi terikat satu janji setia
selagi itu tercatit kisah semua
di sana kepastian akan menanti kita



di situ
tanda tanya
di situ
haluannya



antara kau aku ada satu rahsia
pasti terbongkar di tarikh yg tersedia
tersenyum dan menangis
satu antara dua




selagi terikat satu janji setia
selagi itu tercatit kisah semua
di sana kepastian akan menanti kita




bermusim..
silih berganti bulan mentari
pejam celik tak terasa aku
sudah sampai sini
sudah sampai sini...




Sudah sampai sini ~ Bumiputra Rockers

No comments: