Tuesday, June 12, 2007

Kan kucari damai di jiwa

hari ini selasa. kurang lebih dua hari lagi aku bakal berangkat pergi. nun jauh ke utara sana. walaupun pergi ku nanti bukan utk bersenang2 atau berehat2 bahkan utk berjuang bermati2an demi membawa pulang seberkas kemenangan serta seribu kenangan pahit manis, tapi sekurang2nya aku rasa ia mungkin dpt melegakan sekejap gelora perasaan dan kecamuk fikiran yg menggodak hidup ku buat beberapa ketika kini.


harapan hati ku sudah semestinya tidak sekata dgn teman2 yg bakal bersama dlm perjalanan yg jauh itu. mungkin inilah yg dinamakan satu jalan tapi lain haluan. kerana apa yg aku dambakan dari pemergian ini bukanlah utk meraih kemenangan sepertimana yg dimimpi2kan oleh teman2 itu. aku mencari suatu kedamaian dari perjalanan panjang yg bakal ku tempuh itu. harap2 ada sekelumit damai yg bakal hinggap, singgah bertamu di bibir jiwa buat memujuk hati yg kian menyepi melayan duka ini. aku tau ada antaranya teman yg tidak senang dengan ku lantaran telah dpt mengesan harapan dan tujuan ku yg tidak sekata dgn kemahuan mereka. buktinya dpt dihidu dari kata2 dan perlakuan tidak mesra berbaur sinis yg dilemparkan kononnya ingin secara curi2 tapi sesungguhnya amat terang lagi jelas utk difahami oleh seseorang sematang aku. tapi aku biarkan saja. sengaja aku biarkan. kerana aku sudah tak betah melawan asakan orang terhadap ku. selama ini aku aku selalu berfikir, mengalah bermakna hanya berundur sedikit. supaya keadaan yg tegang boleh menjadi kendur. andai aku mengalah, tidak sama sekali bererti aku telah dikalahkan. tapi, saat ini persepsi ku terhadap tingkahlaku mengalah itu sudah berubah. bagi aku kini, biarlah ku biarkan diri ini kalah andai itu dapat membuatkan orang lain menang dan merasa bahagia. sekurang2nya aku dapat sedikit pahala kerana berupaya menggembirakan orang. bunyinya memang sungguh sorang yg pesimis tapi aku tidak ada pilihan kerana aku sudah penat melawan. semakin aku melawan semakin kuat kurasa orang2 di keliling ini menyakiti aku. sebelum luka kutanggung bertambah parah lebih baik aku akur saja. lantas menghindar diri dari semua yg menyakiti.


ya..itulah. harap2nya aku dirahmati dgn sedikit kedamaian sewaktu dan setelah aku menempuh perjalanan panjang itu nanti. harap2nya aku mendapat semangat baru utk meneruskan kehidupan yg semakin hari semakin hambar, tawar, kosong rasanya ini. terus terang aku katakan di saat ini memang aku merasa seperti hampir2 putus asa pada kehidupan ini. aku tidak malu utk mengakui hakikat itu. tapi mujur juga aku masih sedar, sebagai orang yg waras fikiran dan punya pegangan aku tidak seharusnya menyerah kalah begitu saja pada ujian hidup. aku bersyukur. mungkin tuhan masih merahmatiku dgn nikmat belas kasihanNya.


ah, damai. hendaknya nanti, hadirlah dikau dlm jiwa ini...

No comments: