Wednesday, July 4, 2007

sekadar menulis apa yg terlintas di fikiran

aku memang sgt ingin menulis sesuatu di blog ini. tapi sayanya aku tidak tau hendak bermula dari mana. utk menulis, tidak dpt tidak sedikit sebanyak aku perlu juga berfikir2 & mengarang apa2 yg hendak kutulis. itu yg membuatkan aku bertangguh2 hendak menulis di blog ini. kalau ikutkan hati memang aku mau biarkan saja keinginan ini berkubur begitu shj. sejak aku pulang dari utara minggu lepas, rutin harian ku baik di pejabat atau di luar tiba2 kurasa sgt sibuk sekali. tapi entah apa yg aku sibukkan tidak pula dpt aku mengingatnya dgn terperinci. cuma yg aku tau, aku akan merasa sungguh letih setiapkali aku menjejakkan kaki di rumah saban senja. sejak pulang minggu lalu aku rasa diriku sudah bertukar menjadi seperti sebuah robot yg telah diprogramkan utk membuat apa shj yg patut aku kerjakan (mengapa pula tiba2 aku boleh terfikir tentang filem transformers? aduh!). masa seolah2 bergerak terlalu pantas sehingga aku tidak sempat hendak merasa apa2. entah mengapa aku boleh rasa begitu. mungkin juga aku masih terlalu penat. saki baki keletihan yg terkumpul sepanjang waktu aku di utara dulu masih ada sisanya. mungkin. tapi oleh kerana keinginan utk menulis sudah begitu membara, maka itu aku gagahkan juga mengetuk butang2 huruf di papan kekunci komputer ku ini.
apa sebenarnya yg ingin aku tulis? oh ya, tentang pengalaman ku sepanjang berada di utara. manis sekali pengalaman itu. walaupun pada asalnya susah juga aku hendak membuang perasaan jengkel, geram, marah terhadap sikap yg ditunjukkan oleh teman2 sepasukanku. aku seorang yg berjiwa halus. sensitif pada kebanyakan perkara yg berputar di persekitaran. sudah tentu amat sukar utk aku membuat hal sendiri & berlagak seperti tiada apa yg telah berlaku. tapi syukurlah, setelah 2-3 hari berada di sana aku dpt juga melepaskan diri dari hambatan perasaan2 yg tidak enak itu.
untungnya aku tidak menarik diri dari mengikuti perjalanan ke utara itu. kalau tidak sudah tentu aku tidak berpeluang menikmati ketenangan & kedamaian yg ada di situ. betapa gembira aku rasakan sepanjang aku berada di utara dulu. mungkin juga memang sudah kebetulan itulah yg sgt diperlukan oleh jiwaku waktu itu. jadinya aku memang sungguh gembira sepanjang berada di situ. betapa damainya jiwa sewaktu menghirup angin segar yg bertiup merentasi bendang menghijau yg luas terbentang. air yg mengalir di tali2 air berdekatan bendang juga sungguh jernih & nyaman. seringkali aku berhenti di salah satu tali air itu apabila aku keluar jogging di waktu pagi. pengalaman di kampung nelayan juga tidak sgt menggembirakan sekali. kebanyakan penghuninya ramah tamah & sungguh baik hati. hampir seharian aku menghabiskan masa di perkampungan itu namun tak sedar masa berlalu. tapi yg paling mengujakan sepanjang kunjunganku ke utara dulu ialah bila aku berpeluang melawat ke pulau. aku tak pernah ke situ. itulah pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke pulau itu. kalau tidak kerana ajakan beberapa teman yg ingin pergi, mungkin sampai sekarang aku belum lagi berpeluang ke pulau itu. tenang rasa hati menikmati laut yg membiru & pasir pantai yg putih bersih. dari situ terus pula menuju ke puncak gunung, menikmati panorama alam yg dianugerahkan oleh Yang Maha Esa. indahnya bumi ciptaan tuhan... rasanya, pengalaman yg kukutip sepanjang di utara dulu memang sesuatu yg tidak mungkin dpt aku lupakan sampai ke akhir hayatku.
InsyaAllah, aku akan ke sebelah timur, merentas Laut China Selatan pada penghujung bulan ini bersama anggota familiku. sejak pulang dari utara dulu aku selalu mengimpikan mudah2an kemanisan yg kurasai di sana akan berulang pula di timur nanti. sebetulnya perjalanan ke timur nanti adalah hadiah dariku utk famili yg sekian lama tidak pernah jemu memberikan sokongan serta kasih sayang tidak berbelah bagi kepadaku. aku rasa, inilah usahaku yg paling besar utk membahagiakan mereka. tanda penghargaan & kasih sayangku kepada mereka. aku tau mereka tidak pernah mengharapkan apa2 dariku. cuma mereka mengharapkan supaya aku tidak terus2an ingin menyendiri & menyisih dari mereka. mudah2an... mudah2an setelah pulang dari sebelah timur nanti aku tidak lagi punya masa utk bermurung. kadang2 rasanya bagus juga jadi seperti robot yg telah diprogramkan. walaupun aku tidak mampu mengingat setiap inchi dari saat2 bahagia yg telah aku lalui, sekurang2nya kotak fikiran ku juga tidak akan menyimpan setiap kesedihan yg terselit di celah2 bahagia itu. bagus juga...! :)
Happy b'day... lil bro!

No comments: