Tuesday, July 10, 2007

TAK TERCAPAI AKAL MU

Ku congak apa yang didepan ku
sebelum atur langkah
ku tahu kan ke mana
tak mudah aku kan diperdaya
dengan pujuk dan rayu
hasut ke dunia mu

sesungguhnya ku
lebih dari yang kau tahu
baik buruknya sesuatu selalunya difikirkan dulu


biar berdentum
langit runtuh dan menghempap diriku
tidak tergadai tata susila ku
yang menggambarkan siapa diriku
biarlah bergoncang
bumi di telapak kakiku ini
namun takkan ku rubah pendirian
yang membuat aku menjadi aku

mungkin sukar tuk difahami
kerna tak tercapai akal mu

jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa
yang kau sangka mudah direbah
santunku bukannya ku lemah
mudahnya rosakkan dari membina
mencemarkan dari memulia
tak menghirau dari mengendah


sesungguhnya ku
lebih dari yang kau tahu
baik buruknya sesuatu
selalunya difikirkan dulu


biar berdentum
langit runtuh dan menghempap diriku
tidak tergadai tata susila ku
yang menggambarkan siapa diriku

biarlah bergoncang
bumi di telapak kakiku ini
namun takkan ku rubah pendirian
yang membuat aku menjadi aku


mungkin sukar untuk difahami kerana tak tercapai dek akal mu



mama, aku berjanji kan tetap menjadi manusia yg teguh pendirian!

No comments: