Thursday, August 30, 2007

Malas!

baru2 ini ada beberapa teman yg menegur, mengapa sudah lama aku tidak mengemaskini ruangan blog ku ini dgn entri2 yg baru. aku cuma membalas dgn senyum. malas hendak menerangkan panjang2 mengapa blog ini kubiarkan sepi tanpa perkembangan terbaru terutama ttg diri ini. terbetik dlm hatiku, kalaupun aku cuba terangkan kpd mereka, belum tentu mereka akan faham apa yg aku sampaikan atau sekurang2nya cuba utk memahami keadaan ku saat ini. justeru, malas hendak aku menerangkan duduk perkara sebenar kpd mereka.
sebenarnya memang aku sudah semakin malas hendak mencoretkan walau apa2 pun jua cerita di ruangan ini. puncanya memang pelbagai. salah satunya dari mereka juga. teman2. ada teman2 yg membaca entri ku sebelum ini yg menyatakan komentar bahawa entri2 terdahulu itu menggambarkan betapa tidak gembiranya aku dgn kehidupan ini. tp aku sengaja suka berselindung dgn bahasa2 yg berbelit2. bercampur dgn yg puitis. serta yg abstrak. supaya tiada orang perasan bahawa aku sedang memberontak. namun apa2 yg aku tulis semuanya menggambarkan betapa aku sorang yg sentiasa merasa 'panas'. sentiasa merasa serba tidak kena dgn hidup ini. sentiasa merasa tidak senang dgn apa yg ada & berlaku di keliling ku. aku tidak nafikan, memang betul tanggapan mereka. kemudian komen mereka, mengapa selama mereka mengenaliku aku tidak pernah mau suarakan kpd mereka ttg ketidakpuasan hatiku itu? aku cuma senyum mendengarnya. sebetulnya aku tau niat mereka memang baik. mungkin ada antara ahli keluargaku yg telah menyampaikan khabar ttg diri ku kpd mereka. lantas, sbg teman, mereka juga tidak mau aku jd sorang yg murung. tidak mau aku terus memendam semua rasa2 tidak enak itu lama2 dlm benak ku. hati ku. justeru mereka mau aku luahkan masalah2 itu kpd orang yg sudi mendengar. tp kemudian sejenak aku terfikir, siapa orangnya yg sudi mendengar? merekakah? teman2 ku itu? ah, malasnya aku. sudikah mereka mendengar? tak mungkin. aku tau semua itu tidak mungkin krn aku pernah mencuba. lama dulu. tp aku telah 'ditolak'. mungkin mereka tidak sedar. mungkin juga mereka sudah lupa. tp aku tak kan pernah lupa. dlm hidup ini aku masih sentiasa ingin mencuba. aku belum pernah lagi putus asa. kecuali pd yg satu ini. mengadu nasib pd teman2.
kdg2 puas juga aku memikirkan: mengapa mereka meluahkan komentar spt itu sedangkan mereka sebenarnya tak ingin menjadikan diri sbg tpt utk aku bercerita. meluahkan perasaan & masalah2 ku? memang aku kurang senang bercerita kpd keluarga krn aku tak mau mereka terus2an risau, bimbang ttg diri ku. cukuplah apa yg mereka tanggung selama ini. justeru, jika teman2 tidak sudi membantu, selain kpd tuhan (& sesekali dlm blog ini) ke mana lagi boleh aku pergi? kdg2 terfikir juga aku...mungkin mereka sangka aku ini sakit jiwa agaknya! jadi, mereka takut hendak rapat dgn ku. mereka memang ingin mengambil berat ttg ku. tp tak berani utk dkt dgn ku. kalau betul itulah yg mereka fikirkan, mengapa tidak berterus terang shj dgn ku? aku tak kecil hati walau sekelumit pun. aku boleh nasihati mereka supaya jgn risau dgn apa yg aku tulis dlm blog ini. krn inilah salah satu caranya aku melepaskan tekanan & bebanan perasaan yg membelenggu hati ku. fikiran ku. atau kalau mereka masih risau, berhenti shj dari membaca entri2 dlm blog ini. habis cerita. mudah kan?
mengingat ttg gelagat teman2 ku itu, kdg2 hendak ketawa juga aku. gelagat manusia di mana2 lebih kurang sama shj. sbb itu aku malas utk terlalu ambil pusing ttg orang2 di keliling ku. pun begitu, aku berhenti seketika dari mengisi blog ini sebelum ini bukan krn aku rasa takut. atau malu. atau apa. cuma aku malas. malas hendak berdepan dgn komentar2 yg bakal aku terima. justeru, aku berpendapat bila aku tidak kerap mengisi entri baru dlm blog ini, maka kekerapan jumlah komentar yg akan ku terima juga akan menjadi perlahan. ternyata telahan aku itu ada benarnya. syukurlah. kalau tidak, aku memang betul2 boleh sakit jiwa memikirkannya.
sebenarnya, aku tidak pernah berharapan tinggi terhadap orang2 di keliling ku. aku tidak pernah harapkan mereka meluangkan masa berjam2 utk bersama ku. utk berbual, bercerita dari hati ke hati dgn ku. aku juga tidak mengharap mereka menghulurkan bantuan wang ringgit di waktu aku kesempitan. pendek kata, aku sebenarnya tidak pernah terniat utk utk cuba meraih simpati dari sesiapa jua pun. krn aku bukan jenis manusia yg tak pandai berfikir bagaimana mau hidup. bagaimana mau meloloskan diri dari masalah. cuma yg aku mohon, hormatilah perasaan serta pandanganku. memang kdg2 perangaiku kelihatan aneh (mungkin aku pernah menakutkan orang di keliling ku dgn perangai2 itu). memang aku suka bersendirian. memang aku sering merasa tidak enak. memang aku mudah merasa serba tidak kena dgn hidup ini. tp itulah aku. aku yg sebenarnya aku. setiap orang diuji tuhan dgn pelbagai cara. pelbagai peristiwa. ada yg ringan. ada yg cukup memeritkan. cukup mendera perasaan. aku tak terlepas dari ujian2 yg sebegitu. walaupun kdg2 sedih bila memikir nasib diri, tp itu tak pernah menjadi penyebab utk aku putus asa & membiarkan fikiran ku menjadi tidak waras. ah, sudahlah. malas rasanya hendak aku panjang2kan bicara lagi. biarlah ia berakhir di sini, buat seketika ini. krn aku sudah malas hendak menulis lagi buat masa ini.

No comments: