Monday, September 3, 2007

aku yg belum merdeka

malam 31 ogos lalu seluruh negara bergembira menyambut hari kemerdekaan. aku spt tahun2 sudah cuma duduk di rumah. di depan tv. sambil menekan2 butang alat kawalan jauh utk memeriksa setiap program yg terhidang pada malam itu. sejak aku habis belajar dulu, terlebih2 lagi sejak hidup ku dilanda krisis hampir 10 tahun dulu (antara sedar dgn tidak..sudah 10 tahun. betapa cepatnya masa berlalu) aku tak pernah lagi menyambut merdeka. bagi aku perkataan merdeka sudah tak pernah lagi membawa apa2 erti dlm hidup ku sejak 10 tahun dulu. yg merdeka cuma negara ku. cuma orang2 di keliling ku. tapi bukan aku. sekali pandang mungkin tiada apa yg membuatkan aku tidak merdeka. tapi setelah aku amat-amati aku dapati memang rupa2nya aku tidak merdeka. aku terbelenggu. fikiran & jiwa ku masih dijajah. namun sayangnya walau sudah hampir 10 tahun aku berjuang, aku masih belum lagi menang dlm usaha menentang penjajah itu. pd malam merdeka yg lalu, di waktu laungan merdeka bergema di dataran merdeka, di waktu ibukota bermandi cahaya mercun & bunga apa berwarna-warni, aku cuma duduk termenung memikir ttg diri yg masih terjajah ini. dlm sepi malam yg membungkus kawasan kejiranan di mana tempat aku berdiam ini (kebetulan, 31 ogos pada tahun ini jatuh pada hari jumaat. kebanyakan jiran2 mungkin sudah pulang ke kampung kerana cuti hujung minggu yg panjang). buntu fikiran ku memikirkan mengapa selama ini aku tidak betul2 berusaha utk menang. sedangkan jauh di sudut hati ini, aku sebenarnya sgt teringin utk terbang jauh. melompat lebih tinggi. seiring dgn pembangunan negara ku yg sudah 50 tahun merdeka ini. namun aku tak tau apakah kuasa yg menahan aku dari melangkah selama 10 tahun ini. paling aku benci bila tiapkali tiba hari merdeka, aku terasa betapa aku selama ini aku tidak sungguh2 berusaha utk membebaskan diri dari penjajahan ini. padahal aku begitu benci pada hidup yg statik. & aku juga tidak pernah merasa senang dgn hidup yg tidak pernah berubah (utk menjadi lebih baik) ini.

sampai hari ini aku sebenarnya masih memikirkan bilakah aku hendak memerdekakan diri ini. aku tau, kunci kemerdekaan ku terletak pada kekuatan diri ku sendiri dlm mengambil keputusan yg muktamad. sejak dulu aku bertangguh2 utk membuat keputusan. & kini, diam tak diam sudah 10 tahun berlalu. & akibatnya aku masih lagi begini. masih lagi spt seekor katak yg berada dlm sebuah kotak kaca. mungkin apa yg dikatakan teman ku dulu itu ada benarnya. aku ini katak yg duduk dlm kotak kaca. aku melihat setiap inchi perkara yg berlegar di keliling ku. aku tau, aku sedar akan setiap apa yg berlaku di sekitar dunia ku. aku nampak, aku faham apakah yg baik manakah yg buruk. aku tau apa yg mesti aku lakukan & apa yg perlu aku tinggalkan. tapi sayangnya aku enggan bertindak. aku cuma menjadi pemerhati. saksi kepada semua perkara yg terjadi itu. namun aku enggan melangkah. enggan memecahkan kotak kaca yg sekian lama aku diami & mengeluarkan diri ku dari situ. walaupun aku tau, kotak kaca itu menghalang aku dari mendapatkan setiap apa yg terbaik buatku di luar sana. berkali2 temanku itu mengingatkan kisah katak dgn kotak kaca itu kepada ku. namun mengapa aku masih degil spt ini. mengapa aku enggan melangkah? mengapa aku enggan meninggalkan kotak kaca itu? kdg2 aku rasa aku ini sorang yg pengecut. aku tak berani membuat keputusan. sungguh aku memang tak berani utk mengambil keputusan ini. walaupun aku tau utk merdeka aku perlu meninggalkan dunia sunyi, gelap gelita & menyiksa batin yg aku lalui sekian lama ini. kdg2 aku juga merasa diri ini sungguh bodoh. peluang utk melangkah sebenarnya sentiasa ada di depan mata. asal shj aku mau berusaha. tapi sayangnya aku biarkan shj diri ini hanyut, tenggelam ke dasar kotak kaca yg memagar sekeliling dunia ku.

oh Tuhanku...sesungguhnya Kau tau betapa aku sememangnya ingin bebas..namun aku terlalu berat, takut utk melangkah. utk berubah. justeru, Kau bantulah aku utk membantu diri ku melepaskan diri dari kotak kaca yg sedang aku huni ini..berilah kekuatan kepadaku utk pergi, ya Tuhanku.. berikanlah kekuatan utk aku memerdekakan diri ini....

No comments: