Tuesday, January 30, 2007

GeMbiRAkaN diRi SeNDiRi tErLeBih DaHuLU..

Setelah menempuh pelbagai pengalaman dalam hidup, akhirnya aku percaya...sekiranya kita betul2 berniat mahu menggembirakan orang lain, kita mesti menggembirakan diri kita terlebih dahulu. sebabnya, kita akan mudah membuat orang merasa gembira apabila kita sendiri merasa gembira. dengan kata lain, kita akan jadi lebih ikhlas dan jujur (tidak merungut, tidak mengungkit2 di belakang hari, tidak merasa kesal, tidak merasa sedih, tidak merasa terpaksa dan sebagainya) utk menggembirakan orang lain apabila kita sendiri berada dalam keadaan gembira. setelah aku amat-amati, rupa2nya bermacam2 jenis kemahuan dan permintaan orang akan mampu aku layani (walaupun tidak semua dapat dipenuhi) sewaktu aku sedang gembira. aku tidak lekas marah (atau sensitif). aku tidak 'berkira', fikiranku lebih terbuka (rasional) dan tidak prejudis. malah aku juga mudah memaafkan kesalahan orang. itu antara sifat2 positif yg aku dapati ada pada diriku apabila aku gembira. ajaibnya kuasa gembira ini rupa2nya!

selama ini aku selalu shj berfikir bagaimana caranya supaya aku boleh membuat orang gembira. antara yg sering aku fikirkan, apakah aku perlu belajar mengarang kata2 yg manis2 (supaya aku dapat memujuk atau mengambil hati seseorang?) atau aku harus pandai mencipta jenaka yg lucu yg boleh membuat orang tertawa (supaya mereka merasa senang berada disampingku?) atau mestikah aku korbankan sesuatu utk menuruti kemahuan orang2 itu (supaya mereka tau aku sgt ingin menggembirakan mereka?). aku sudah cuba bereksperimen dgn apa yg aku rasakan boleh membuat orang gembira itu tetapi hasilnya tidak begitu menggembirakan. kadang2 ia tidak memuaskan hati orang yg ingin digembirakan dan aku menjadi sgt kecewa kerana merasa tidak dihargai (kerana aku telah berusaha sehabis daya utk membuat yg terbaik utk mereka). Kadang2 ia tidak memuaskan hatiku sendiri kerana utk menggembirakan orang aku paling selalu diminta utk berkorban atau mengalah. utk menggembirakan mereka, aku turutkan juga walaupun sebenarnya hatiku tidak rela. aduh...rupa2nya selama ini yg sepatutnya aku lakukan hanyalah mencari jalan bagaimana utk menggembirakan diriku. apabila diri sendiri sudah gembira, nanti dgn sendirinya aku mampu menggembirakan orang lain. sungguh2 aku bersyukur dgn kesedaran yg aku perolehi ini.

No comments: