Wednesday, February 28, 2007

MONOLOG PERJALANAN YG TERTANGGUH (II)






hikayat si pengumpul kenangan


sekian lama ia berjalan

menjejak cinta
berpandu hati jiwa kental bersendi tawakkal berhias luhur
demi Tuhan
mahu hatinya cuma satu
redhaMu.. Ya Rabb
hanya itu harapan
buat mengalas landasan hidup lurus mulus putih bersih
biar aman biar tenang tanpa gundah tanpa resah
dari fana hingga ke barzakh
langkah kakinya langkah pahlawan
tanpa bertempur enggan menyerah
tak kenal pasrah walaupun gusar
sesekali diuji tak usah dipeduli
perjuangan jiwanya perjuangan tulus
jujur meneroka pintu ke pintu
keluar masuk, maju mundur, membelok ke kiri membelok ke kanan
berhati2 enggan menyakiti
namun yg kian terlahir hanya duka
jiwa kacau marah merana
serba salah hilang punca
tercalar tekadnya dihempas sengsara
tertanya2 juga diri: di manakah silapnya?
dari sisi lurah sunyi sepi gelap pekat
tiada awan
hanya langit tanpa bulan tanpa angin tanpa kelip2
disusur lagi denai2 rindu penuh duri penuh debu
tetap tabah suci abadi
cebisan lara dicantum dijaga biar utuh
bagai pusaka
dlm geetha ceritera cinta
dari hati sayu pilu terdera
kenangan dikutip didakap hiba


No comments: