Tuesday, February 27, 2007

MONOLOG PERJALANAN YG TERTANGGUH




Dalam Menanti Kepastian

inilah hidup. yg statik tidak menginjak tidak bergerak memang terlalu medera perasaan. lebih2 lagi pabila dlm jiwa kini tercetus bibit2 semangat yg sasa waja, sekian lama dipendam diam dlm sabar tulus murni yg tidak sekali2 pernah mati utk bangun, bangkit berjuang, demi merobah takdir diri.

perit. inilah rasa pilunya alam. pabila api semangat yg cuba dinyala, dari bahan bakarnya lelah jiwa sepertiga usia remaja, diadun diulit resah & air mata lara, sesudah semakin ia memerah menyala, semakin marak, galak, tiba2 disiat kejam maha durjana bagai dendam tanpa apa2 terbetik di hati walau sedikit toleransi apatah lagi rasa simpati. namun di sini masih adanya aku. dlm lenguh & getir kaki berdiri. sedia menanti.






Jiwa yg Pasrah

adakah petunjuk atau tanda2 yg mungkin bakal dikurnia dari Ilahi buat membantu diri, memandu jiwa akur tunduk faham mengerti, atau segera menyedari bahawa saatnya sudah sampai. kini adalah waktunya. mencari redha dlm tawakkal. memujuk jiwa mengenal pasrah.


31 Mei

31 mei tarikh keramat; penanda sebuah ketentuan. buat merungkai segala buntu. buat memacu semangat baru. dlm memilih mana yg perlu.

31 mei tarikh keramat; seribu kemungkinan bakal tercatat. ada janji mungkin tertunai. ada dendam mungkin terlerai. awanan kasih memayung redup. buat meniti perjalanan hidup. syahdu sekali. namun, hakikat mungkin tiada mutlak. 31 mei mungkin pilu. ada rindu yg mungkin layu. ada cita2 yg mungkin kaku. api dendam semakin padu. hati berlagu tiada merdu.

tinggallah pulau angan2. tinggallah pohon2 impian. biar betapa sayu ia melambai, perindu yg pergi tak kan kembali.

Biarkan rindu itu pergi... jika ia benar2 ingin pergi

kata orang rindu itu indah. kata aku rindu itu pedih. kata orang rindu itu mesra. kata aku rindu itu mendera. kata orang rindu merapatkan dua jiwa. kata aku rindu itu menambah lara jiwa sengsara. kata orang rindu itu cinta. kata aku rindu itu luka. kata orang rindu mesti selalu ada di hati. kata aku rindu itu mesti dilepaskan pergi. jika ia benar2 ingin pergi.



No comments: