Monday, February 26, 2007

SesEKaLi diUji...
(pelawaan2 berlibur yg terpaksa ditolak)



perkelahan di air terjun Gabai, memerhati matahari terbit di Pantai Port Dickson & menonton wayang di panggung TGV Suria KLCC. pelawaan2 utk mengisi waktu rehat di hari sabtu yg sungguh mengujakan perasaan. sepatutnya aku sudah pun mememenuhi salah satu dari pelawaan tersebut & di saat ini aku seharusnya sedang gembira bercerita tentang pengalaman2 yg aku lalui pada hari sabtu lalu. tapi aku tidak dapat berbuat begitu. kerana kesemua pelawaan itu telah kutolak. terpaksa. bukan sengaja. siapalah yg tidak suka bila diajak pergi berlibur kan? lagi pula peluang semacam ini jarang2 sekali datangnya. sesekali teringat rasa terkilan juga aku...

sedari awal lagi hati kecil memang meronta2 mau ikut serta. & petang jumaat lalu aku juga sudah siap sedia utk menerima salah satu dari pelawaan tersebut. tapi sayang sekali bila akhirnya aku terpaksa menolak juga. tidak satu, tidak dua. malah kesemuanya. kerana aku tiba2 jatuh sakit semula.

hari jumaat malam sabtu, kurang lebih waktu itu jam 9.00 malam, sedang aku cuba isterahatkan diri di katil aku merasa seluruh tubuh ku mula menggigil. menggeletar. tiba2 kepala rasa pusing & kadang2 aku rasa seperti ingin muntah. mungkin kerana terkena hujan sewaktu pulang dari pejabat petang itu. ya, seperti yg aku katakan tempoh hari aku sudah bertekad akan pulang juga sekiranya hujan tidak berhenti selepas jam 6.00 petang. lantaran ia betul2 tidak berhenti selepas jam 6.00 maka aku redah juga hujan itu (terbukti, ia memang tidak berhenti sehingga hampir lewat malam). aku percaya tindakan ku itu memang wajar walaupun risikonya aku mungkin akan jatuh sakit semula (seperti ini). tapi aku rasa pilihan itu jauh lebih baik dari aku mempertaruhkan keselamatan diri dgn tinggal berlama2, bersorang2an di pejabat yg sudah tidak berorang itu!

tidak mau bertangguh, dalam curahan hujan yg masih bersisa aku gagahkan juga diri memandu kereta utk mendapatkan bantuan doktor di klinik panel yg berhampiran. klinik itu memang hanya beberapa blok shj dari rumah ku. tidak sampai 5 minit memandu aku sudah berada betul2 di hadapan klinik tersebut. aku masuk ke bilik rawatan setelah namaku dipanggil berkali2 (aku tak sempat mengira berapa kali pembantu klinik itu memanggil namaku. mungkin lebih 5-6 kali agaknya. kerana aku lihat wajahnya sedikit keruh sewaktu mengiringiku ke bilik rawatan). doktor yg bertugas waktu itu adalah doktor yg selalu merawatku (doktor itu sudah biasa dgn aku. atau aku yg sudah biasa dgn dia? ah, adakah itu begitu penting??). segera aku disuruh duduk & kemudian cepat2 dia m
emeriksaku. aku tidak ingat apa yg dibebelkan oleh doktor berusia lebih kurang separuh abad itu. cuma yg paling aku ingat bila dia mengarahkan aku berbaring & kemudian memberikan satu suntikan di punggung ku! aduh.. aku sangka dia mau memeriksaku dgn lebih lanjut. kalau aku tau dia berniat menyuntik punggung ku, sumpah aku tidak akan membenarkan dia meneruskan niatnya. aku paling benci menerima suntikan di punggung!

setelah selesai mendapat rawatan & mengambil ubat aku segera pulang ke rumah. sesegera yg mungkin aku menukar pakaian & kemudian berbungkus dalam selimut utk mencari kehangatan. rasa menggigil, menggeletar sudah mengurang tapi seluruh badan terutama sekali kepala ku masih terasa sakit. aku capai telefon bimbit & menghantar standard sms kepada kawan2 sepejabat ku, abang & adikku: "maaf, esok tidak dapat pergi. demam. tq" (waktu itu aku lihat jam sudah pukul 10.38 malam. aku sepatutnya memberikan kata putus mau menerima pelawaan yg mana satu sebelum jam 10.00 malam). selesai menghantar sms aku programkan telefon itu supaya selepas ini semua panggilan terus divert ke mesin peti suara (supaya aku dapat berehat dgn aman). kemudian aku pejamkan pelupuk mata ku & rasanya aku terus tertidur selepas itu. rancangan utk berlibur di hari sabtu cuma tinggal mimpi. tapi sayangnya dalam mimpi ku malam itu pun ia tidak hadir. aku sedih. tapi tetap redha. kerana aku tau hidup manusia tidak mungkin sepi dari ujianNya.




$^..^ ^..^ ^..^$




NiKMat KeTenaNGan


alhamdulillah. syukur. itulah perkataan2 yg paling tepat utk diungkapkan. aku sangka hujung minggu kali ini akan melakar satu lagi insiden ngeri dalam dairi hidup ku. tapi syukurlah, perkara seperti itu tidak berlaku.

sepanjang hari sabtu yg lalu aku hanya menghabiskan kebanyakan masa dgn berbaring di atas katil. rutin hari itu cuma makan biskut & minum susu (kerana pagi itu sewaktu aku tersedar jam sudah pukul 11.00 pagi), kemudian makan ubat, kemudian tidur, kemudian bangun & solat zohor kurang lebih jam 3.30 petang, kemudian makan biskut & minum susu lagi, serta makan ubat lagi, & tidur lagi, kemudian tersedar hampir jam 7.00 & segera bersolat asar, lalu kemudian makan & minum susu lagi (kali ini aku makan roti kosong), usai solat maghrib aku makan ubat lagi. betapa siksa menunggu masuk waktu solat apabila kepala berdenyut2 sakit akibat menahan rasa mengantuk yg teramat sgt. hati rasa lapang & lega sekali setelah selesai bersolat isya' kerana aku sudah boleh tidur dgn aman & tenang sekali.

rutin yg sama aku praktiskan juga pada hari ahadnya. cuma bezanya aku sudah kurang menghabiskan masa dgn berbaring di atas katil atau tidur. hari ahad itu pagi2 lagi aku sudah bangun. selesai sarapan pagi aku seperti dulu2 aku suka duduk2 di laman rumah sambil memerhati matahari yg baru naik. sesekali terdengar bunyi motokar dari jalanraya besar sayup2 memecah sunyi. kawasan kejirananku ini memang sunyi setiapkali tiba hujung minggu. selama aku tinggal di sini, aku perhatikan rata2 jiran di sekitar ku semuanya tiada di rumah bila tiba hujung minggu. namun, sungguhpun sunyi tetapi kawasan hijau di bahagian hadapan & sebelah kanan kawasan rumah ku selalu menghadiahkan aku suatu ketenangan yg amat istimewa. dari belukar kecil & pohon2 di kawasan tersebut aku selalu dapat mendengar pelbagai bunyi unggas di waktu pagi & senja (aku boleh leka memerhati burung2 & pohon2 itu). di sebelah malam pula dgn jelas aku boleh mendengar bunyi serangga & katak yg bersahut sahutan dgn pelbagai irama. riuh sekali. namun cukup menyeronokkan. tapi sejak orang tiada berperasaan yg bakal menjadi jiran sebelah rumah ku ini memulakan kerja mengubahsuai rumahnya awal Januari lalu, aku sudah tidak berjumpa lagi dgn ketenangan yg aku kecapi itu. tetapi aku cukup bersyukur kerana hujung minggu ku kali ini tidak diganggu dgn bunyi2 mesin & kerja2 pembinaan yg menyakitkan seluruh pancaindera ku. mungkin kerana orang2 yg bekerja itu belum habis meraikan tahun baru cina agaknya. maka itulah segala pekerjaan dihentikan buat seketika. bagus juga kalau begitu keadaannya. aku pun hairan mengapa kerja2 itu tidak dilakukannya seperti biasa. sejak semalam aku berdebar2 menunggu apakah segala macam bunyi yg mengganggu jiwa itu bakal tercetus lagi & menambahkan beratnya penyakit ku ini. namun syukurlah. sekali lagi terima kasih ku kepada Tuhan yg maha penyayang. sekurang2nya walaupun aku tidak dapat keluar berlibur, aku masih dapat merehatkan diri & menikmati ketengangan yg sebelum ini telah dicuri dari ku. alangkah nikmatnya kerana dapat memperolehi rasa tenang ini semula. walaupun cuma sekejap..

No comments: