Friday, February 23, 2007

pELawAAn yG Dtg MeNCuraH2


hendak buat apa hujung minggu ini? kalau mau balik ke rumah mama lagi, aduh... memang terlalu berisiko tinggi & bakal mengancam perancangan bajet ku utk bulan ini. sejak awal bulan hari itu aku tiap2 minggu terpaksa 'lari' ke rumah mama lantaran tidak betah duduk di rumah, mengadap karenah orang sebelah yg tiada sikap prihatin dalam dirinya. cukuplah. kali ini aku harus memilih aktiviti yg tidak memerlukan aku berbelanja besar (lagipun aku perlu pulang ke rumah mama pada 9 Mac nanti & kemudian ke Pasir Gudang keesokan harinya).

ayuh, pagi sabtu ini kita ramai2 pergi berkelah di air terjun Gabai. gesa beberapa teman sepejabat sewaktu aku sampai di meja kerja ku setelah selesai makan tengahari semalam. boleh menikmati rasa air terjun yg sejuk nyaman, menghirup udara segar, mengambil gambar & sebagainya. tentu dpt melegakan fikiran dari bermacam2 perkara yg memberatkan perasaan sebelum ini. nanti semua orang akan berkongsi kenderaan & sama2 menyumbang bekalan makanan sorang sedikit. kemudian masing2 bawa keluarga, kawan2 serumah atau sesiapa shj. biar ramai. kita bergerak jam 8.00 pagi. menjelang zohor sudah boleh pulang ke rumah. tentu seronok. kata mereka. teruja juga aku mendengarkan usul itu. aktiviti yg memang menarik. malah menjimatkan! kebetulan, aku juga sudah lama tidak membuat aktiviti seperti itu. sejak habis belajar dulu & kemudiannya bekerja aku tidak pernah lagi pergi beriadah atau berlibur dgn teman2 (bukan setakat berkelah shj). sehinggalah akhirnya apabila aku jatuh sakit, aku langsung melupakan semua keinginan terhadap apa2 jua kegiatan luar (selain dari pekerjaan & pengajianku) dari kotak fikiranku.

tetapi sebelumnya, pagi itu kata abang seronok juga kita berjalan2 di Pantai Bagan Lalang sambil memerhati matahari terbenam tempoh hari. apa kata kalau kita ke Port Dickson pula hari sabtu ini? mau? sebaiknya kita cepat2 berangkat. selepas subuh. jam 6.30 pagi paling bagus. aku tanyakan padanya utk apa kami perlu keluar seawal itu. katanya kali ini dia mau lihat matahari terbit di Pantai Port Dickson. apakah suasananya secantik panorama senja yg kami lihat di Bagan Lalang. kan cuma 45 minit perjalanan dari rumahku? ya juga. setelah itu mau ke mana lagi? jalan2 di bandar Port Dickson, kemudian pulang menjelang tengahari.

namun, teringat pula aku pada kata2 adik ku pada hari Isnin lalu. ada apa2 rencana malam sabtu nanti? mau menonton wayang percuma? aku dpt tiket percuma utk nonton Ghost Riders di panggung TGV, Suria KLCC. idea yg bagus juga. cuma sebelum pergi menonton nanti, di sebelah siangnya aku perlu menemani adik ku utk ke Jalan Masjid India. justeru, aku mesti sampai ke rumahnya sebelum jam 10.00 pagi.

seronok juga bila sesekali mendapat banyak pelawaan seperti ini. sekurang2nya aku tidak perlu memikir apa yg harus aku buat utk mengisi masa hujung minggu ku. tapi apapun aku belum memutuskan lagi mau menerima yg mana satu. pun begitu, bagi aku walau yg mana satu yg aku pilih, tidak ada bezanya. semuanya boleh shj buat aku gembira. teruja. ya, gembira memang gembira. cuma rasa gembira itu sedikit mengurang bila aku memikirkan apa yg hendak aku buat pada hari ahadnya nanti. sayang sekali, semua pelawaan yg aku terima adalah utk hari sabtu. aduhai... kalaulah ada juga pelawaan utk hari ahad, pasti hujung minggu ku kali ini paling membahagiakan!

AKU TERPERANGKAP!

hujan yg lebat sekali. tak tau entah bila akan berhenti. setakat ini masih belum ada tanda2nya. teman2 lain semuanya sudah pulang. aku terperangkap! aku terperangkap dalam ruang pejabat yg makin ketara sunyinya. tidak tau hendak melakukan apa lagi, aku terpaksa mendiamkan diri di meja kerjaku sambil menatap kosong skrin komputer di hadapanku. maka itulah aku mula menulis lagi supaya kesunyian ini tidak membuatkan aku rasa gusar.

jam di tangan sudah hampir menunjukkan pukul 5.40 petang. hajat di hati aku mau segera pulang bagi merehatkan kepala yg sedang pusing; bahana terkena hujan ketika cuti Tahun Baru Cina tempoh hari. badan ku sakit2 & aku mendapat sedikit demam yg baru ingin surut kini. memang silap ku sendiri. sudah melihat awan mendung berarak gelap, aku malah semakin galak mencuci kereta. siap mencuci kereta sendiri, aku mencuci kereta papa & adik pula (entah apalah yg membuatkan aku sungguh rajin seperti itu). ya, memang silap ku sendiri.

di balik kaca jendela dekat meja kerja ku ini aku lihat hujan di luar masih mencurah2. tapi aku tak berani berdiri dekat (dgn jendela) kerana sesekali boleh terlihat kilauan kilat yg mencakar langit. hujan di luar memang sungguh luarbiasa lebat sekali. oh hujan.. tolonglah berhenti. hari ini aku tidak bawa payung. selama ini pun aku memang tidak pernah membawa payung. tapi selalunya kau tidak turun lebat seperti hari ini. lantas, apalah perlunya sgt aku membawa payung kan? kalau hujan tidak berhenti juga sampai jam 6.00 petang nanti aku memang nekad utk meredah shj. hujan itu. walaupun memang lucu rupanya bila aku perlu berlari sekuat tenaga utk sampai ke kereta dgn pakaian kebangsaan yg aku pakai.

aku masih menunggu kau berhenti, hujan.. mudah2an aku tidak terus terperangkap di pejabat yg sunyi ini atau terpaksa beraksi lucu dgn berlari pecut dlm pakaianku yg tidak diciptakan utk olahraga ini.

jangan hampakan aku, hujan..

5.57p.m. / Jumaat / Pejabat yg sunyi

No comments: